Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

KMJG19: Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih

By 27 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Khairun Nadiah/ Nurul Azreen/ Syarul Azis (Putrajaya) 

SEPANG, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, setiap rakyat Malaysia perlu berusaha bagi memastikan negara ini terus bersih dari unsur-unsur negatif.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ronnie Liu Tian Khiew ketika berucap dalam majlis Merdeka@Komuniti dan Pit Stop Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2019 peringkat daerah Sepang.

Persembahan 'war-cry' oleh pelajar-pelajar SMK Seri Sepang.

Persembahan ‘war-cry’ oleh pelajar-pelajar SMK Seri Sepang.

Ronnie menegaskan betapa pentingnya menghayati tema Hari Kebangsaan ini bagi memastikan Malaysia terus disegani dan disanjungi oleh negara-negara lain.

“Apabila menyebut Malaysia Bersih, apa yang paling penting adalah kita mempunyai jiwa yang bersih. Ini kemudiannya akan dizahirkan melalui perbuatan dan tingkah laku kita seterusnya Malaysia akan menjadi negara yang lebih kuat dan disanjung tinggi oleh orang luar,” ujar Ronnie.

Antara guru-guru SMK Seri Sepang.

Antara guru-guru SMK Seri Sepang.

Ketua Konvoi, Puan Norkhanizan binti Manaf mengajak orang ramai dengan penuh semangat untuk hadir ke upacara sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos 2019 nanti.

Norkhanizan juga menekankan kepentingan nilai bersih dalam menerajui negara ini.

“Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih adalah tema yang perlu kita hayati kerana dengan cara ini, kita mampu melahirkan anak bangsa yang berintegriti tinggi dan mampu mencorak hala tuju negara dengan lebih baik,” kata Norkhanizan ketika menyampaikan ucapan.

Pelajar Sekolah Menengah Seri Sepang, Shaza Farina binti Azman, 16 turut berkongsi pendapat tentang maksud ‘bersih’ melalui pemahamannya.

“Saya harap semua orang dapat menjiwai tema Hari Kebangsaan tahun ini supaya kita dapat mengelakkan konflik yang tidak sepatutnya seperti konflik antara kaum yang boleh menggugat keamanan negara,” kata Shaza.

Hari ke-17 ini adalah hari terakhir untuk konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) dan hentian terakhir bagi konvoi ini adalah di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Selepas ini KMJG19 akan menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 di Putrajaya.

Ketika acara flag-off di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketika acara flag-off di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi.

-KN

Tinggalkan komen anda