Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPutrajaya

KMJG19: Hentian ke 62

By 27 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Nurul Azreen/ Khairun Nadiah/ Nizam Zanil (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Setelah berkembara hampir sebulan, sebanyak 62 hentian telah dilalui dan hari ini konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG) telah sampai ke hentian yang terakhir.

Pelbagai cabaran telah diharungi oleh peserta konvoi dalam membawa misi untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakyat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Peserta konvoi bergambar kenangan di depan bangunan Perdana Putra.

Peserta konvoi bergambar kenangan di depan bangunan Perdana Putra.

Konvoi telah menelusuri seluruh negara dengan jumlah perjalanan sebanyak 6,200 KM yang membawa signifikan dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 tahun ini.

Sebagai penghargaan kepada penat lelah peserta konvoi, pihak McDonald’s telah menaja makan tengah hari yang berupa satu set McChiken kepada setiap seorang.

Ketua Konvoi menyampaikan cenderamata kepada pihak McDonald’s Putrajaya

Ketua Konvoi menyampaikan cenderamata kepada pihak McDonald’s Putrajaya

Menurut Pengurus McDonald’s Putrajaya, Norlida Mansur meyatakan, mereka amat berbesar hati untuk menaja makanan kepada peserta konvoi, ini kerana KMJG19 merupakan satu program yang besar dan juga merupakan satu usaha yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Memandangkan ini adalah aktiviti tahunan dari Jabatan Penerangan Malaysia, kami sentiasa menyokong usaha yang baik dari kerajaan dalam menyampaikan mesej yang berunsurkan nilai patriotisme kepada rakyat Malaysia khususnya sempena bulan kebangsaan,” ujarnya.

Laungan merdeka oleh peserta konvoi

Laungan merdeka oleh peserta konvoi

“Kami berharap semoga konvoi KMJG19 dapat diteruskan untuk tahun- tahun berikutnya supaya dapat terus sebar luaskan dasar-dasar kerajaan supaya difahami dan dihayati oleh rakyat Malaysia.”

Pihak McDonald Putrajaya telah menaja lebih 300 ratus set McChiken Kepada peserta konvoi hari ini.

Peserta konvoi KMJG19 akan turut serta dalam perarakan hari kebangsaan yang akan berlangsung pada sabtu ini di Dataran Putrajaya.

 

Tinggalkan komen anda