Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Konvoi KMJG Sarawak Mula Menjelajah hari ini

By 6 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat negeri Sarawak memulakan penjelajahan pada hari ini, pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wue di Perkarangan Jabatan Penerangan Sarawak, pagi tadi.

Sebanyak 15 buah kenderaan daripada lapan agensi  kerajaan meyertai  konvoi KMJG kali ini,  antara agensi yang terlibat adalah dari Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Telekom Malaysia, Pos Malaysia Berhad, RTM, FINAS, BERNAMA dan JaPen Malaysia, Sarawak.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang dilakukan oleh Pengarah Penerangan Malaysia Negeri Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim kepada Tuan Kelvin Yii Lee Wue.

Taklimat kepada peserta sebelum konvoi berlepas

Taklimat kepada peserta sebelum konvoi berlepas

Konvoi Kembara Kibar Jalur Gemilang akan singgah di lokasi pertama iaitu Wisma Bapa Malaysia, dimana Kelvin Yii akan menyerahkan Jalur Gemilang Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Peserta KMJG juga dijadualkan akan menaikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri diiringi Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dan simbolik memasang Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi kerajaan Negeri Sarawak.

Pelepasan Konvoi di Wisam Bapa Malaysia telah disempurnakan oleh Menteri Muda Belia Dan Sukan Datuk Snowdan Lawan,  Konvoi akan meneruskan perjalan dengan jarak  26 kilometer iaitu melalui Jalan Astana,  Jalan Kulas, Jalan Hj Taha, kawasan  Tebingan Kuching, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Pending, Jalan Kwong Lee Bank, Jalan Tun Sallehudin Bridge, Jalan Demak dan Jalan Diplomatik sebelum kembali semula ke JaPen Malaysia, Sarawak.

Nyanyian lagu Jalur Gemilang oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sarawak semasa menyambut ketibaan Konvoi

Nyanyian lagu Jalur Gemilang oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sarawak semasa menyambut ketibaan Konvoi

Menurut pihak urusetia,Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Penerangan negeri Sarawak,bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk  sama – sama mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kebangsaan.

Turut hadir YBhg Setiausaha Persekutuan Sarawak,Shahabuddin Omar, Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

Tinggalkan komen anda