Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

“Cadet In Blue” Bawa Jalur Gemilang

By 6 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salleh Immun/JaPen Sarawak

KUCHING, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran Pembawa Jalur Gemilang Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak yang lebih dikenali dengan nama “Cadet In Blue” memainkan peranan penting bagi memeriahkan suasana Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Penerangan Negeri Sarawak pagi tadi.

Berperanan sebagai pengiring utama kepada Konvoi KMJG 2019 dan pembawa Jalur Gemilang memberikan satu kelainan kepada kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan di Sarawak.

Mempunyai kekuatan anggota seramai 15 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan dalam Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, mereka telah diamanahkan untuk membawa 14 Bendera Malaysia Jalur Gemilang sewaktu Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 Peringkat Negeri Sarawak. 14 Jalur Gemilang yang dibawa adalah sinonim dengan jumlah Negeri dalam Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan.

Menurut Kamarulzaman Osman, beliau merasa amat berbangga kerana telah dilantik sebagai Komandan Cadet In Blue JaPen Sarawak serta diberikan peluang dan tanggungjawab yang amat besar untuk memimpin anggota Cadet In Blue dalam memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 Peringkat Negeri Sarawak kali ini.

“Penubuhan Cadet In Blue telah diperkenalkan oleh Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Abang Sardon Haji Abang Hashim dan amat jelas penubuhannya dapat mencetuskan semangat cintakan Negara Malaysia dari kalangan Warga Malaysia dan Cadet In Blue akan menjadi contoh terbaik untuk merealisasikan Jalur Gemilang terus dihormati dan disanjungi semua,” katanya lagi.

Pastinya kenangan membawa Jalur Gemilang sukar untuk dilupakan memandangkan Cadet In Blue adalah salah satu inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak untuk menambah keceriaan dalam Sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan setiap bulan Ogos.

Bukan itu sahaja, Cadet In Blue telah dididik dengan disiplin yang amat tinggi secara langsung mencerminkan budaya tanggungjawab serta amanah dari kalangan anggota Jabatan Penerangan Malaysia khususnya Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak bagi memastikan Jalur Gemilang akan terus berkibar megah sepanjang Bulan Kebangsaan yang disambut diseluruh Negara.

Tinggalkan komen anda