Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Mangsa Kebakaran Dibantu Pemimpin Masyarakat

By 9 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd  Ariff Ishak (Tampin)

TAMPIN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, sedikit sebanyak telah mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dihadapi oleh keluarga mangsa kebakaran.

Beliau yang hadir bersama isteri meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah, Zazlina Tahirrudin, 40, di Taman Paya Rumput Indah, kelmarin.

WhatsApp-Image-2019-06-20-at-08.21.12-300x225

Keadaan rumah mangsa selepas kebakaran

Kebakaran yang berlaku di Rumah Mesra Rakyat, Bukit Semelenggang, di sini 19 Jun lalu telah memusnahkan kira-kira 80 peratus rumah dan harta benda mangsa.

Dalam kejadian tersebut juga, dua kanak-kanak yang masing-masing berusia enam dan tujuh tahun telah terperangkap dan diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat dalam operasi memadam kebakaran di tempat kejadian.

Pihak keluarga mangsa juga berharap menteri besar dapat menolong mempercepatkan proses tuntutan insuran kebakaran.

-AK

Tinggalkan komen anda