Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Mendekati Rakyat Melalui Komunikasi Bersemuka

By 8 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salleh Immun/Syahrulizan Haji Madian(Sarawak)

MUKAH, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Sivik adalah sebahagian dari program berskala kecil yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi menyampaikan maklumat berkenaan dasar Kerajaan selain mendapatkan maklumbalas terus dari masyarakat setempat.

Melalui program ini, JaPen menggunakan pendekatan komunikasi bersemuka dan akan mengumpul maklumat serta memberi maklumbalas kepada agensi-agensi berkenaan jika terdapat isu berbangkit yang diajukan oleh penduduk yang terlibat.

“Program Sivik yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah strategi terbaik untuk mendekati rakyat dan dengan cara inilah rakyat dapat meluahkan apa jua bentuk masalah atau isu berbangkit melalui pendekatan komunikasi bersemuka,” kata Syahrulizan.

Sebagai Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Syarulizan yakin bahawa Program Sivik akan diteruskan dengan  sedikit penambahbaikan khususnya melibatkan penglibatan agensi yang berkenaan agar dapat turut serta dalam program dari semasa ke semasa.

Perkongsian Ilmu secara santai lebih berkesan dan masyarakat tidak berasa janggal

Perkongsian Ilmu secara santai lebih berkesan dan masyarakat tidak berasa janggal

“Setiap isu atau masalah yang dibangkitkan akan dipanjangkan kepada agensi terbabit untuk tindakan penyelesaian dan secara langsung menunjukkan Konsep kemakmuran bersama  yang ditekankan oleh Perdana Menteri, demi kebaikan bersama antara Kerajaan dan rakyat,” tambahnya.

Untuk Program Sivik yang dilaksanakan hari ini, Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Mukah memberi fokus kepada isu Wabak Rabies, Jenayah Siber Dan Sayangi MalaysiaKu sempena dengan Bulan Kebangsaan. Pada masa yang sama, Syarulizan juga menyeru agar setiap rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tanda sokongan kepada Kempen Kibar Jalur Gemilang seterusnya membuktikan tanda sayang dan cintakan Malaysia.

Tinggalkan komen anda