Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Komunikasi Bersemuka Selami Masalah Rakyat

By 20 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 20 Ogos (Malaysiaaktif ) – Program ‘Sembang Warung’ merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan dalam melaksanakan program bertemu masyarakat secara komunikasi bersemuka.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Rembau Malini Yunus, program ini tidak terhad di medan selera, kedai makan dan tempat rekreasi sahaja, malah ia juga turut dilaksanakan di tempat-tempat tumpuan awam yang lain seperti klinik kesihatan daerah dan sebagainya.

“Komunikasi bersemuka dapat meningkatkan pengetahuan mengenai isu semasa dan juga mendengar permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat disamping mengeratkan hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan,” ujarnya ketika di temui disini.

Disamping itu, turut dilaksanakan dalam program tersebut adalah pemeriksaan kesihatan dan ujian darah.

Pembantu Perubatan daerah Rembau Khazamawi Ahmad, berkata program seumpama ini memberi manfaat kepada seluruh masyarakat setempat dalam menyalurkan permasalahan secara terus disamping mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan membuat ujian darah.

“Purata kehadiran orang ramai untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau ini adalah sekitar 400 orang sebulan disebabkan Hospital Daerah Rembau masih belum dapat beroperasi dan keadaan ini agak padat bagi sebuah klinik kesihatan.

“Diharap dengan adanya program ini, permasalahan ini sedikit sebanyak dapat didengari oleh pihak yang berkenaan,” ujarnya lagi.

-AK

Tinggalkan komen anda