Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Resolusi ke Arah Pemartabatan Hak Orang Asal Sabah

By 10 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/ Vicky S Matanjang (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi mencapai resolusi ke arah pemartabatan hak dan imej Orang Asal, Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal atau United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP) digubal bertujuan sebagai satu piawaian pencapaian yang harus dipatuhi.

Madius menyampaikan ucapan semasa majlis tersebut.

Madius menyampaikan ucapan semasa majlis tersebut.

Terdapat sebanyak 46 Artikel yang termaktub dalam UNDRIP untuk memberi kesedaran dan pendidikan terhadap hak-hak kita sebagai Orang Asal terutama kepada generasi muda dan seterusnya rakyat dari seluruh Malaysia. 

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata adalah penting bagi Orang Asal untuk mengetahui dan menyedari apakah hak-hak yang perlu dituntut seperti yang terdapat dalam artikel tersebut. 

Suasana semasa forum sedang berlangsung

Suasana semasa forum sedang berlangsung

“Antaranya berkenaan hak pemilikan dan hak tanah adat, pengurusan khazanah dan warisan hinggalah kepada kebimbangan terhadap kemungkinan kehilangan kuasa mengundi pada suatu masa akan datang, menyebabkan timbul persoalan, mengapa ini berlaku. 

“Antara lain adalah mengenai apakah kuasa dan tindakan yang boleh dilakukan oleh pemegang kuasa adat (traditional authorities) dalam konteks ini dan sebagainya, “ujarnya semasa merasmikan forum Orang Asal Sabah: Isu dan Cabaran, sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2019 yang diadakan di Dewan Terbuka Koisaan Cultural Village (KDCA) pada Sabtu. 

FORUM.....Panel yang hadir Paul (kiri), Anne (dua dari kiri), Simon (tiga dari kanan), Hamdan (dua dari kanan), Sa'adilah (kanan) dan dipengerusikan oleh Andreas (tiga dari kiri).

FORUM…..Panel yang hadir Paul (kiri), Anne (dua dari kiri), Simon (tiga dari kanan), Hamdan (dua dari kanan), Sa’adilah (kanan) dan dipengerusikan oleh Andreas (tiga dari kiri).

Madius yang juga Pengerusi Penganjur Induk sambutan berharap forum berkenaan boleh menjadi wadah di mana masyarakat umum akan lebih memahami kedudukan dan hak Orang Asal Sabah, selaras dengan resolusi seminar dan bengkel yang telah diperolehi semasa penganjuran program yang sama pada tahun lalu. 

Forum yang diterajui oleh Pemegang Kursi Kadazan-Dusun, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) serta Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS. 

Hadir sama, Pembantu Menteri Undang-Undang  dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jannie Lasimbang; Pemegang Kusri Kadazandusun UMS, Prof. Madya Dr. Andreas Totu; Timbalan Presiden Momogun National Congress, Dr. Paul Porodong; Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Tan Sri Simon Sipaun; Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan UMS, Prof. Dato’ Hamdan Hj. Adnan; Pengarah Urusan PACOS Sabah, Anne Lasimbang; Timbalan Pengerusi AJK Induk, Tan Sri Wences Anggang dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Sa’adilah Hj. Abdillah.

ER

Tinggalkan komen anda