Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Warga UMSKAL Teruja Timba Ilmu

By 11 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Azri Onn (Labuan)

LABUAN, 11 Ogos (Malaysiaaktif ) – Seramai 16 pegawai dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kelihatan teruja mengikuti lawatan muhibah ke Fakulti Pertanian Lestari (FPL) UMS Kampus Sandakan, baru-baru ini.

Rombongan UMSKAL yang diketuai Penolong Pendaftar Kanan yang juga Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM), Mas Adi Alimin yang mewakili Pengarah UMSKAL Prof Dr Murnizam Halik disambut mesra Dekan Fakulti Pertanian Lestari, Prof Dr Abd Hamid Ahmad bersama-sama Timbalan Pendaftar FPL, Dr Roslan Gimba.

“Kami sangat teruja dan gembira mengunjungi FPL kerana majoriti ahli rombongan pertama kali menjejakkan kaki ke Kampus UMS Sandakan,” ujar Mas Adi ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Ketua Program Lawatan Che Din Md Salleh, melahirkan rasa gembira kerana lawatan itu bukan sahaja mencapai matlamatnya tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada staf UMSKAL mengenali lebih dekat bidang pertanian dan penternakan yang dikendalikan di FPL.

“Saya yakin dan percaya, menerusi lawatan ini hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak akan terus kukuh dan berkekalan pada masa akan datang.

“Diharap menerusi program ini juga pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat diperolehi oleh staf UMSKAL yang pertama kali menjelajah Tawau dan Sandakan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda