Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Semarak Semangat Merdeka Dalam Kalangan Generasi Muda

By 29 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sharul Effandi Yusof (Sik)

SIK, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat patriotisme serta cintakan negara haruslah diterap dalam diri setiap individu bukan sahaja dalam kalangan golongan dewasa bahkan perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda (SKSAM) Abdul Rahim Abdul Rashid, berkata semangat dan nilai cintakan negara haruslah dipupuk sejak daripada bangku sekolah lagi kerana generasi muda merupakan pelapis yang bakal menggantikan pemimpin negara pada masa hadapan.

“Sambutan ini bukan sahaja untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan malah ia bagi membuktikan bahawa semangat cintakan tanah air itu mesti ada dalam diri rakyat Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di SKSAM, Belantik, di sini semalam.

Menurutnya lagi, usaha menyemai serta memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda perlu terutama bagi membangkitkan semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguhan dan ketekunan.

“Penghayatan erti kemerdekaan perlu dilakukan secara berterusan dari tahun ke tahun supaya semangat tidak luntur dan jasa serta pengorbanan pejuang terdahulu tidak dilupakan.

“Adalah penting bagi generasi muda hari ini untuk mengetahui serba sedikit perjuangan pemimpin negara terdahulu banyak berkorban  bagi memberi kemerdekaan kepada negara sehingga apa kita lihat hari ini,” ujarnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda