Skip to main content
Rencana & Pendapat

Sketsa dan Pengisahan Serap Nilai Perpaduan Melalui Seni Lakon

By 28 Ogos 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/ foto: Mohd Rizal Hashim (Melaka) 

MELAKA, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Ibarat peribahasa ‘Melentur buluh biar dari rebungnya’ penerapan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat harus bermula seawal usia muda. Malaysia terkenal seluruh dunia kerana keharmonian kehidupan kepelbagaian kaum dan agama yang menjadi aset terpenting dalam menjamin kemakmuran negara. Kata orang, ‘jika hendak lihat bagaimana masa depan negara, maka lihatlah bagaimana generasi mudanya pada hari ini’.

Manakah tidaknya, di tangan merekalah letaknya ‘survival’ bangsa. Masa akan terus berlalu dengan pantas dan apabila sampai waktunya generasi inilah yang akan mengambil alih tugas dan peranan kita.

Dewasa ini, tugas menyampaikan maklumat yang tepat kepada khalayak sasaran bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkembangan teknologi berlaku dengan pantas melangkaui peredaran zaman. Kemampuan menguasai teknologi maklumat pada hari ini akan menunjangi kehidupan kita pada masa hadapan. Kini, kita hidup dalam dunia ledakan maklumat atau dunia tanpa batasan maklumat.

Maklumat-maklumat ini kesemuanya boleh dicapai dalam dunia maya semudah menggerakkan hujung jari kita.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan sudah tentunya perlu lebih kreatif dalam menyampaikan maklumat seterusnya membentuk masyarakat yang lebih. Bertitik tolak dari itu, pelbagai medium digunakan untuk memperkukuhkan nilai-nilai perpaduan kaum antaranya melalui seni lakon.

Gabungan elemen budaya atau agama masing-masing dapat meningkatkan kefahaman antara kaum.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku contohnya membawa mesej perpaduan melalui seni lakon pentas yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Penerapan intipati Rukun Negara itu sendiri membuktikan penekanan skop perpaduan antara kaum dan agama menjadi tunjang keamanan negara berkekalan sehingga ke hari ini.

Memahami budaya dan agama kaum lain amat penting dalam kehidupan kita di Malaysia sebagai contoh sambutan perayaan, kepercayaan agama, kebudayaan, istilah yang digunakan, makanan, pakaian dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang didedah dengan pendidikan silang budaya secara tidak langsung akan memberi impak positif terhadap intergrasi nasional dikenali pasti mampu memperkukuhkan lagi kekuatan negara bangsa yang di cita-citakan.

Aspek sedemikian dirangkumkan dalam sebuah sketsa agar mudah difahami dan dekat di hati masyarakat.

Bagi audiens yang lebih matang pula, Jabatan Penerangan membawa kepada skop yang lebih besar menerusi pertandingan Pengisahan Kenegaraan yang berkonsepkan seni lakonan dan penceritaan menjadi wadah pemujukan yang menggabungkan kesemua kaedah komunikasi yang bermatlamatkan membentuk minda masyarakat khususnya dalam kalangan rakyat untuk bersatu padu, meningkatkan semangat patriotik, dan cintakan negara dengan mengetegahkan kisah tokoh dan sejarah negara yang kadang kala dibiar sepi.

Antara objektif pertandingan- pertandingan ini adalah untuk melahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara terutamanya dalam kalangan generasi muda untuk menjadi agen pemasar informasi berintelek di sekolah-sekolah, kawasan-kawasan kampung, taman perumahan di seluruh negara serta mencungkil bakat-bakat seni yang berunsurkan patriotisme dalam kalangan rakyat seperti deklamasi sajak, puisi, lakonan teater dan sebagainya.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal Melaka, dinobatkan Johan Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal Melaka, dinobatkan Johan Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Malaysia.

-KN

Tinggalkan komen anda