Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Subuh Seperti Jumaat

By 31 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Tidak seperti hari-hari biasa yang lain, Solat Subuh kali ini ternyata luar biasa bilangan jemaahnya malah melebihi bilangan jemaah ketika Solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pagi tadi.

Keadaan ini berikutan Sambutan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Putrajaya dengan anggaran 300000 pengunjung dari segenap pelusuk negara berada di sini bagi menyaksikan acara yang cukup ikonik ini.

Sebanyak 34 kontinjen yang dibahagikan kepada enam kontinjen utama terlibat dalam perbarisan kali ini membabitkan penyertaan lebih daripada 14,885 peserta daripada pelbagai sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar sekolah.

Buat pertama kalinya, perbarisan kali ini disajikan dengan persembahan grafik manusia yang melibatkan seramai 2,250 pelajar daripada 53 buah sekolah di Selangor.

Persembahan pelbagai jenis grafik dengan mesej-mesej selari dengan tema dan acara-acara yang berlangsung dalam sambutan kali ini menjadi medan terbaik rakyat Malaysia menzahirkan rasa cinta mereka terhadap negara.

-SH

Tinggalkan komen anda