Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kira Detik Ambang Merdeka Bersaksikan 62 Das Tembakan Bunga Api

By 31 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Menjelang detik 12 malam rakyat di seluruh Malaysia akan Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62 tahun, dan di Kedah Sambutan Ambang Merdeka ini disambut setiap tahun dengan penuh kemeriahan.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, beliau gembira melihat pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum hadir bagi meraikan detik bersejarah negara.

“Merdeka bukan sahaja bermaksud bebas daripada penjajah, tetapi kita perlu merdeka minda dan akal untuk berubah ke arah yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga bahkan negara tercinta.

Mukhriz menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Tentera sempena dambutan tersebut malam tadi.

Mukhriz menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Tentera sempena dambutan tersebut malam tadi.

“Seperti tema Hari Kebangsaan pada tahun ini “Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih” marilah kita semua mengekalkan keharmonian, keamanan negara tercinta,” katanya sempena program Ambang Merdeka, di Dataran Pekan Rabu, di sini tengah malam tadi.

Menurut Mukhriz lagi, negeri Kedah telah menikmati pelbagai perubahan sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

“Arus kemodenan yang dibawa oleh pemimpin masa lalu tanpa menggadaikan maruah dan nilai identiti negeri. Negeri Kedah yang terkenal dengan Jelapang Padi Negara kini juga memiliki kawasan perindustrian yang pesat membangun,” katanya lagi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang menanti detik 12 malam tersebut, antaranya persembahan artis tempatan, persembahan medley tarian pelbagai kaum dan acara kemuncak laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali oleh Menteri Besar dan tembakan bunga api sebanyak 62 das tembakan pelbagai warna.

-SH

Tinggalkan komen anda