Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tumpahkan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

By 29 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Robin Junang / Hamzah Bohari (Kuching)

SONG, Ā 29 Ogos (Malaysiaaktif) –Ā  Pekan kecil Song meriah dengan pelancaran Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan 2019.

Sebelum ini beberapa aktiviti yang berkaitan dengan kemerdekaan telah dilaksanakan oleh JaPen Daerah Song bagi mengingati serta merai Bulan Kebangsaan.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di perkarangan Majlis Daerah Kapit (Song) dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua-ketua masyarakat serta kaum, ahli-ahli KRT, KHM dan NGO.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, ucapan aluan oleh pegawai penerangan Song disusuli dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Tadbir Daerah Song mewakili Pegawai Daerah Song,Ā  Mohd Firdaus Abdullah.

Gambar Kenangan bersama Pegawai Tadbir Daerah Song, Mohd Firdaus Abdullah

Gambar Kenangan bersama Pegawai Tadbir Daerah Song, Mohd Firdaus Abdullah

Selain itu acara melekat bendera di kenderaan dan penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan ketua-ketua masyarakat turut dilakukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Song juga mengadakan demo pencegahan kebakaran. Ia adalah untuk memberi pendedahan kepada hadirin bagaimana cara memadam api menggunakan alat pemadam api dengan betul.

JaPen turut menayangkan video kenegaraan dan patriotisme bagi menyampaikan mesej-mesej yang berkaitan dengan sejarah dan kemerderkaan negara. Sekurang-kurangnya melalui tayangan itu generasi muda dapat mengenali bagaimana negara mencapai kemerdekaan.

ucapan perasmian Ā Pegawai Tabir Daerah Song, Mohd Firdaus Abdullah menyeru masyarakat agar menumpah taat setia kepada raja dan negara. Beliau menyatakan kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah dari titik peluh dan darah para pejuang negara sebelum ini.

ā€œSebagai rakyat yang merdeka kita harus memiliki rasa kepunyaan tinggi kepada negara. Kita harus menumpahkan kesetiaan kepada raja dan negara kerana di sinilah kita membangun kehidupan sambil mencari rezeki,ā€ ujar beliau.

Menurut penganjur program Hamzah Bohari, tujuan utama program ini adalah untukĀ  membawa masyarakat di sekitar Pekan Song untuk sama-sama terlibat di dalam Kempen Kibar Jalur Gemilang.

ā€œKita menjemput orang awam di sekitar Pekan Song ini bersama dengan kita adalah untuk menerangkan pentingnya kita mengingati dan menghormati bendera kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang.ā€

ā€œJalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan dan kemerdekaan negara. Oleh itu saya menyeru agar penduduk di Daerah Song ini mengibar Jalur Gemilang di rumah, di premis perniagaan, kereta dan bangunan,ā€ tambah beliau lagi.

Acara terakhir program adalah pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) melibatkan beberapa tiga buah kenderaan disempurnakan oleh Mohd Firdaus sambil disaksikan oleh beberapa tetamu kehormat lain.

Konvoi KMJG bergerak mengelilingi kampung dan pekan sejauh tiga kilometer sambil mendendangkan lagu-lagu patriotik manakala perarakan berjalan kakiĀ  pula sejauh satu kilometer mengelilingi Pekan Song.

Tinggalkan komen anda