Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Generasi Muda Harus Hargai Nikmat Kemerdekaan Negara

By 29 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Robin Junang / Thomas Madang (Kuching)

PAKAN,  29 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Pakan 2019 dan Merdeka @ Komuniti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pakan mendapat sambutan hangat daripada para pelajar sekolah.

Acara dimulakan dengan acara berjalan kaki sejauh dua kilometer sambil  membawa bendera tangan dan Jalur Gemilang mendapat perhatian warga pekan kecil Pakan. Sekalipun pekan ini jauh dari bandar besar namun kemeriahan sambutan dapat dirasai oleh warga sekolah dan penduduk setempat.

Lebih kurang 200 pelajar bersama warga pendidik, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua-ketua kaum dan ibubapa merai sambutan bagi mengingati pembentukan sebuah negara merdeka.

Para pelajar bergambar beramai-ramai sambil  mengibar Jalur Gemilang sebagai sokongan kepada sambutan pada tahun ini

Para pelajar bergambar beramai-ramai sambil mengibar Jalur Gemilang sebagai sokongan kepada sambutan pada tahun ini

Penghormatan diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan bagi sambutan tahun ini adalah signifikan dengan tema Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih di mana sekolah ini sentiasa mendahulukan slogan ‘bersih’ dalam semua perkara. Mereka berpendapat bahawa tema tersebut amat sesuai kerana mahu negara ini bersih dari rasuah dan sebagainya.

Pegawai Penerangan Daerah Pakan, Thomas Madang dalam ucapannya menyeru agar generasi muda mengingati sejarah tanah air dan bagaimana negara ini berjaya mencapai kemerdekaan.

“Pada tahun ini sekali lagi Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia pada 16 September bertempat di Padang Merdeka Kuching.”

“Sudah tentu banyak pengisian aktiviti dijalankan nanti dan jika anda berkesempatan ke Kuching pada masa itu pergilah ke Padang Merdeka untuk sama-sama merai sambutan tersebut,” ujar beliau.

Manakala di dalam ucapan perasmian oleh wakil pengetua  SMK Pakan, Julie Openg yang juga guru Kelab Malaysiaku menyeru agar generasi muda turut memberi fokus kepada nilai-nilai jatidiri dan kesetiaan kepada raja dan negara. Beliau mengingatikan pelajar agar memanfaatkan kemerdekaan dengan melakukan perkara yang berfaedah  kepada agama, bangsa dan negara.

“Sebagai pelajar anda hendaklah berfikiran positif dan memanfaatkan kemerdekaan dengan benda-benda yang berfaedah dan mengikis sikap mementingkan diri dan menjauhi dari perkara-perkara yang menyentuhi sensitiviti agama dan kaum,” tegas beliau lagi.

Antara pengisian program sambutan di samping perarakan berjalan kaki ialah Senaman Merdeka, nyanyian Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang serta Pertandingan Mewarna.

Manakala kemuncak acara adalah penyerahan Jalur Gemilang oleh pegawai penerangan daerah kepada Pengetua SMK Pakan sebagai simbolik Pelancaran Sambutan Bulang Kebangsaan 2019 Peringkat Daerah Pakan.

Tinggalkan komen anda