Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Capai Negara Maju: Tiga Komponen Utama Diimbangi – Bee Yin

By 4 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menyatakan kesediaan mereka untuk kekal komited dalam menangani isu-isu berkaitan pencemaran terutamanya apabila tindakan tidak diperuntukkan bawah perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Menterinya, Yeo Bee Yin menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Alam Sekitar (UNEP) memberi penekanan kepada usaha membantu negara-negara sedang membangun seperti Malaysia dalam melaksanakan dasar kelestarian alam sekitar demi pembangunan negara.

“Isu berkaitan alam sekitar yang sering dibangkitkan pada peringkat PBB dan hangat diperkatakan di Malaysia adalah perubahan iklim, pembangunan secara mampan, isu sisa plastik, penebangan hutan, kehilangan kepelbagaian biologi serta pencemaran marin dan udara.

“Dalam hal ini, Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk menjadi negara maju dengan tiga komponen utama diimbangi sebaik mungkin iaitu kekayaan negara, kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar,” katanya ketika menyampaikan syarahan “Kuasai. Laksana. Ungguli.” di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, di sini semalam.

Menurut Bee Yin, kerajaan menerusi kementeriannya giat dalam menangani isu pencemaran udara dan marin dengan salah satu daripadanya adalah dengan menutup lebih 100 kilang plastik haram di seluruh negara.

“Sebanyak 139 kilang kitar semula sisa plastik haram dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang beroperasi di seluruh negara, telah ditutup sejak suku pertama tahun ini, dan usaha berterusan akan terus dilakukan agar isu pencemaran ini dapat diatasi sebaik mungkin,” katanya lagi.

Program syarahan INTAN Ministerial Lecture Series (Public Policy) merupakan acara tahunan yang menjemput tokoh-tokoh ternama dalam berkongsi ilmu bersama-sama penjawat awam dan syarahan ini antara program yang dilaksanakan bersempena penganjuran sambutan INTAN ke-60.

-SH

Tinggalkan komen anda