Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Dimensi Baharu Kampong Bharu Bakal Warnai Kuala Lumpur

By 23 September 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Malaysiaaktif) – Kampong Bharu yang berusia hampir 120 tahun di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bakal melalui proses pembangunan dan berwajah baharu  tidak lama lagi.

 

Usaha membangunkan Kampong Bharu bukanlah satu perancangan baharu  Kerajaan malah ia telah  bermula sejak 1984 lagi.

 

Namun disebabkan pelbagai isu dan permasalahan yang tiada penhujungnya, usaha pembangunan terpaksa ditangguhkan buat seketika.

 

Walaubagaimanapun pada 2018, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif dan langkah drastik untuk mengkaji semula Pelan Induk Terperinci Kampong Bharu bagi meneruskan usaha pembangunan semula.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bersama Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun meneliti model 3D Pelan Pembangunan Semula Kampong Bharu

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bersama Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun meneliti model 3D Pelan Pembangunan Semula Kampong Bharu

 

Kampong Bharu adalah satu-satunya perkampungan Melayu yang masih kekal  utuh di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur setelah Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum lenyap ditelan arus pembangunan dan pemodenan.

 

Sejarah Kampong Bharu yang meliputi 302 ekar tanah ini bermula dengan penubuhan ‘Malay Agricultural Settlement’ (M.A.S.) yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan seterusnya mengamalkan gaya hidup kampung di Kuala Lumpur.

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dalam ucapannya semasa Sesi Townhall Bersama Pemilik Dan Pewaris Tanah Kampong Bharu di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab hari ini menyatakan beliau tetap komited meneruskan usaha pembangunan semula kerana mahu meningkatkan taraf hidup orang Melayu.

 

Ia sekaligus akan mengubah imej Kampong Bharu tetapi dalam masa yang sama tetap mengekalkan warisan identiti  orang Melayu yang asli.

Khalid Samad menegaskan pengekalan elemen Melayu dalam perancangan Pelan Pembangunan Semula Kampong Bharu  amat penting ketika berucap dalam Sesi Townhall Bersama Pemilik Dan Pewaris Tanah Kampong Bharu hari ini.

Khalid Samad menegaskan pengekalan elemen Melayu dalam perancangan Pelan Pembangunan Semula Kampong Bharu amat penting ketika berucap dalam Sesi Townhall Bersama Pemilik Dan Pewaris Tanah Kampong Bharu hari ini.

 

“Kepadatan orang Melayu di Kampong Bharu kekal sama malah peratusannya semakin merosot walaupun sekitarnya telah pesat membangun dan maju”, ujar beliau.

 

Beliau berkata kekayaan dan kuasa ekonomi orang Melayu di Kampong Bharu  terkubur dek kerana dikelilingi hutan batu konkrit walhal kawasan sekitarnya sudah pesat membangun.

 

“Masalah utama di Kampong Bharu ialah kebanjiran pendatang tanpa izin, perumahan usang yang boleh membahayakan penghuninya, kesesakan lalu lintas, kejadian banjir kilat, pemilikan tanah yang tidak dapat dikenal pasti dan masalah sampah sarap yang tidak terurus, ” katanya lagi mengenai inisiatif Kerajaan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang lapok di situ.

 

Mengakhiri  ucapan,  beliau menegaskan pentingnya  identiti dan sejarah Kampung Bharu dikekalkan dalam perancangan Pelan Pembangunan Semula Kampung Bharu yang akan dilaksanakan kelak.

-AO

Tinggalkan komen anda