Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Malaysiaaktif) â Ketika negara sedang diasak dengan arus pemodenan seiring dengan ledakan teknologi dunia tanpa sempadan, pembangunan seakan-akan terhenti apabila Kampong Bharu dilihat seolah-olah menjadi âperkampunganâ yang usang lagi terbiar.
Ini kerana  walaupun telah berabad berlalu, Kampong Bharu masih seperti  tahun-tahun terdahulu, masih kekal tanpa perubahan  dan dihimpit kepesatan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur yang semakin hari begitu ketara perubahannya.
Lantaran itu, Kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini menawarkan untuk membeli tanah di Kampong Bharu dengan harga RM850 bagi setiap satu kaki persegi. Ia sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula kawasan tersebut.
âTawaran tersebut merupakan kadar tertinggi dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja,â jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad semasa Sesi Townhall Bersama Pemilik Dan Pewaris Tanah Kampong Bharu di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, di sini hari ini.
“Selain nilai harga tanah, apa jua struktur atau bangunan di atas tanah pemilik dan pewaris juga turut akan dinilai bagi tujuan pulangan kepada merekaâ, katanya lagi.
Ujar Khalid lagi âPemilik dan pewaris tanah boleh memilih antara empat tawaran jual beli iaitu dalam bentuk pulangan tunai, pulangan unit siap, kombinasi pulangan tunai dan unit siap serta pulangan sebagai pemegang saham dalam syarikat tujuan khasâ.
âTawaran jual beli ini adalah berdasarkan lot tanah dan bukannya setiap pemilik yang berdaftarâ, katanya lagi.
Menurut Khalid lagi, hasil pembangunan semula Kampong Bharu ini dilihat dapat mengembangkan pemilikan hartanah orang Melayu di kawasan segi tiga emas di  ibu negara.
-AO