Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kempen Kesedaran Diabetes Terus Diperluas

By 23 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Umi Nazrah Ahliyasah (Sik)

SIK, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Diabetes Sedunia merupakan kempen kesedaran bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) yang disambut pada 14 November setiap tahun.

Kempen kesedaran ini bertujuan memberikan kesedaran awal kepada masyarakat akan kepentingan mencegah, melakukan aktiviti saringan, merawat serta mengawal penyakit diabetes memandangkan penyakit itu kini menjadi antara ancaman utama rakyat negara ini.

Menurut Penyelaras Daerah Program Kedah Diabetis Awarenes 2019 Mohd Asrol Nazri, program anjuran Lions Club International Foundation dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Daerah Sik serta Persatuan Usahawan Melayu Sik (PUMS) menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma bagi membolehkan orang ramai menjalani pemeriksaan tekanan darah, kolesterol dan tahap glukosa darah.

“Ia bertujuan memastikan pesakit mengamalkan gaya hidup yang sihat, memberi pendidikan secara berterusan serta memastikan pesakit melakukan saringan komplikasi secara berkala di klinik kesihatan,” jelasnya yang ditemui ketika Kedah Diabetes Awareness Program Peringkat Daerah Sik 2019 yang berlangsung di Sik Lestari, di sini kelmarin.

Tambah Asrol lagi, saringan kesihatan ini penting agar setiap individu mengetahui tahap kesihatan mereka serta mengambil langkah segera sekiranya mempunyai tanda-tanda awal diabetis.

“Saya berharap agar orang ramai sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, menjaga serta mengamalkan pemakanan sihat serta menjalani pemeriksaan awal sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda