Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Filem Bravo 5 Semarakkan Sambutan Hari Malaysia 2019

By 16 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Azuraini Abd Majid (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Malaysiaaktif) – Kehangatan Sambutan Hari Malaysia 2019 peringkat Parlimen Wangsa Maju disemarakkan dengan tayangan layar bestari filem Bravo 5 pada malam tadi. Tayangan yang menjadi wacana utama Program Himpunan Sivik ini berlangsung di Dataran 4A, Taman Melati, di sini.

 

Program bertujuan meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme rakyat yang menjadi wadah penting kepada keharmonian negara.  Erti sebuah kemerdekaan perlu dihayati sepenuhnya dan secara tidak langsung ia dapat merealisasikan agenda negara seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

 

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr. Tan Yee Kew, menegaskan bahawa keamanan dan kemakmuran Malaysia hari ini adalah hasil sikap toleransi dan persefahaman antara kaum di Malaysia. Justeru itu, setiap rakyat perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan Malaysia terus gah menjadi ‘Harimau Malaya’ di Asia.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Tan Yee Kew semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Tan Yee Kew semasa menyampaikan ucapan perasmian.

 

“Semangat cintakan negara yang lebih utuh perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi menjamin perpaduan negara terus segar melalui sikap saling hormat-menghormati”, katanya ketika merasmikan program.

 

Jelas Tan Yee Kew lagi, “Setiap rakyat perlu mengelakkan sebarang pertelingkahan atau sebarang sentimen yang boleh mengganggu gugat keharmonian negara kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan rakyatnya berbilang kaum.”

Penduduk yang hadir ke tayangan filem Bravo 5.

Penduduk yang hadir ke tayangan filem Bravo 5.

 

Bravo 5 yang mengangkat tema semangat jati diri dan rasa cintakan tanah air berjaya menarik perhatian hampir lebih 500 penduduk di sekitar kawasan perumahan ini. Menariknya, tayangan layar bestari ini turut ‘diselitkan’ dengan acara pertandingan pakaian beragam  kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan juga cabutan bertuah.

 

Program ini anjuran bersama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Rukun Tetangga Kawasan Kawasan A Perumahan Taman Melati.

-AO

Tinggalkan komen anda