Skip to main content
Berita TempatanPutrajaya

Persiapan Sederhana Namun Sempurna

By 16 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUCHING, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berpuas hati secara keseluruhannya biarpun ada kelemahan yang perlu dibaiki segera sebelum acara sebenar Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 bermula malam ini di Stadium Perpaduan, di sini.

β€œSemuanya berjalan lancar dan kita harap sambutan pada malam esok dapat dijayakan dengan sempurna.

β€œSemoga apa yang disentuh tadi dapat diambil tindakan sewajarnya agar apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti,” katanya semalam selepas mengetuai persiapan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan, di stadium tersebut sambil turut disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Awang Tengah (dua dari kiri) ketika meninjau persiapan akhir Sambutan Hari Malaysia, di sini semalam.

Awang Tengah (dua dari kiri) ketika meninjau persiapan akhir Sambutan Hari Malaysia, di sini semalam.

Pelbagai persembahan menarik telah diatur bagi meraikan ulangtahun ke-56 pembentukan Malaysia antaranya persembahan khas permainan bayang yang cukup memukau.

Sambutan Hari Malaysia kali ini turut bakal dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri.

Turut dijadualkan hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta barisan Kabinet Persekutuan dan negeri.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 ini terpaksa dipindahkan ke Stadium Perpaduan susulan isu jerebu yang melanda seluruh Bandaraya Kuching bagi mengelakkan sesuatu yang lebih serius sekiranya terus dilaksanakan di lokasi asal iaitu di Padang Merdeka, di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda