Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Lebih 1000 Orang Memeriahkan Merdeka@Komuniti KHM Taman Hijau

By 11 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Safwanah binti Zulkopli/ Noor Suraya binti Zainal (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 11 Sept (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti KHM Taman Hijau, Jelutong dengan kerjasama MPKK Taman Hijau dan Pejabat ADUN Batu Lanchang baru-baru ini.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dianggarkan seramai lebih 1000 orang telah hadir memeriahkan program tersebut.

Perarakan pancaragam beruniform

Perarakan pancaragam beruniform

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah sambutan pesta tanglung, perarakan pancaragam beruniform, perarakan kereta berhias sepanjang 7km, edaran Jalur Gemilang kepada orang awam dan cabutan bertuah.

Perarakan kereta berhias

Perarakan kereta berhias

Menurut Pengerusi KHM Taman Hijau Fakhrul Naim Lim Huat Tat, program ini dilaksanakan bertujuan bagi menaikkan lagi semangat cintakan tanah air yang dilihat semakin pudar dalam diri anak-anak muda dan rakyat Malaysia pada masa kini.

Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer dan ADUN Batu Lanchang, Ong Ah Teong bergambar bersama peserta

Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer dan ADUN Batu Lanchang, Ong Ah Teong bergambar bersama peserta

Turut hadir semasa program tersebut ialah Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer dan ADUN Batu Lanchang, Ong Ah Teong.

-II-

Tinggalkan komen anda