Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Melaka by The Sea Carnival’ Tarikan Baru Negeri Melaka

By 30 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam/ Norazura Abd Latif (Melaka Tengah)

MELAKA, 30 Sep (Malaysiaaktif) –  “Matlamat utama Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan adalah mewujudkan pusat aktiviti seperti ” Island Hoping” di pulau – pulau Negeri Melaka yang berpotensi dijadikan destinasi pelancongan.”

Ucapan perasmian oleh Muhammad Jailani Khamis.

Ucapan perasmian oleh Muhammad Jailani Khamis.

Itu antara petikan ucapan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka, Muhammad Jailani Khamis dalam ucapan beliau semasa merasmikan Majlis Perasmian Melaka By The Sea Carnival 2019 bertempat di Dataran Klebang di sini, semalam.

“Melaka boleh dikategorikan antara 10 destinasi pelancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dan kerajaan negeri akan sentiasa berusaha bagi memastikan negeri ini menjadi pilihan di hati orang ramai,” tambahnya lagi.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Zairi Suboh berkata memang menjadi keutamaan BPP dalam memastikan apa sahaja yang dicadangkan dan diusahakan oleh kerajaan negeri untuk menaikkan jumlah pengunjung datang ke negeri ini akan dilaksanakan sebaiknya.

Ucapan Pengurus Besar BPP, Zairi Suboh.

Ucapan Pengurus Besar BPP, Zairi Suboh.

“Memang selari dengan tagline Tahun Melawat Melaka 2019, semua agensi kerajaan mahupun swasta akan berganding bahu bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini,” ujar beliau.

Turut hadir bersama Exco Kesihatan Dan Antidadah Negeri Melaka, Low Chee Leong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, Gue Teck serta diserikan dengan persembahan selebriti jemputan Nabila Razali dan Briged Seni Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda