Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelbagaikan Program Dekati Masyarakat Orang Asli

By 30 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)

MELAKA, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Melaka mendekati masyarakat Orang Asli seharusnya diberi pujian dan perlu mendapat sokongan pelbagai pihak.

Ucapan perasmian oleh Setiausaha Japerun Machap Jaya, Badrohisham Omar.

Ucapan perasmian oleh Setiausaha Japerun Machap Jaya, Badrohisham Omar.

Masyarakat Orang Asli harus diberi perhatian agar mereka tidak rasa diketepikan dan ketinggalan. Program Semaian Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Machap Umboo dan Kampung Bukit Besar ini telah menghimpunkan seramai 30 orang pelajar UNIKL MICET Melaka untuk bersama-sama menyantuni masyarakat Orang Asli di sini.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah diatur dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat terutama untuk menarik minat mereka mendalami ajaran Islam. Begitulah yang ingin diketengahkan dalam setiap program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Melaka.

“Program ini sangat bagus dan perlu diteruskan di masa akan datang dan saya amat berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka kerana memilih kampung ini sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti sebegini,” ujar Tok Batin Bangkoh Bin Ithnin.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap,”Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap pembangunan taraf hidup masyarakat Orang Asli bukan di Negeri Melaka sahaja malah di seluruh Malaysia. Oleh sebab itu, pelbagai inisiatif dijalankan bagi menaik taraf pembangunan masyarakat Orang Asli di samping program-program sebegini.”

Sepanjang dua hari berkampung di sini, banyak aktiviti telah dijalankan seperti persembahan istimewa dari artis dakwah Iwan Syahman, gotong royong, acara sukaneka, cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan kepada Ketua Isi Rumah. Turut hadir di Majlis ini Pegawai Tadbir Daerah Alor Gajah, Mawardi Shafai dan juga wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Dakwah Negeri Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda