Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Merdeka@Komuniti KHM Pongsu Seribu Akhiri Kempen Bulan Kebangsaan

By 18 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 18 Sep (Malaysiaaktif) – KHM Pongsu Seribu pada 16 September lepas telah menutup sambutan bulan kebangsaan dengan menganjurkan Program Merdeka@Komuniti KHM Pongsu Seribu di Dewan Orang Ramai Pongsu Seribu.

Program tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang penduduk sekitar bagi bersama-sama menjayakan aktiviti yang diadakan.

Satu pertandingan mewarna kanak-kanak telah diadakan bagi pelajar Tabika Perpaduan Pongsu Seribu dan kanak-kanak sekitar kampung tersebut. Seramai 30 orang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 9 tahun telah menyertai pertandingan mewarna tersebut.

Pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna

Antara aktiviti lain yang telah diadakan adalah pertandingan beyblade yang telah menarik minat lebih 20 penyertaan daripada kampung sekitar. Pertandingan basikal berhias bertemakan kemerdekaan juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana.

Pertandingan basikal berhias

Pertandingan basikal berhias

Program tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh ADUN Bertam, Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq. Menurut beliau semangat kemerdekaan perlu diabadikan didalam diri agar dapat melahirkan generasi yang cintakan tanah air.

Menyampaikan hadiah kepada penerima

Menyampaikan hadiah kepada penerima

“Program seperti ini perlu lebih banyak diadakan pada masa akan datang bagi mendidik masyarakat terutamanya generasi muda mengenai nilai sebuah kemerdekaan”, ujar beliau.

-II-

Tinggalkan komen anda