Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Merdeka@Komuniti SMK Lui Barat Meriah dan Nostalgik

By 14 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Ali Hanafiah Hassan (Jempol)

JEMPOL, 14 Sep (Malaysiaaktif)  – Meriah, bersemangat dan nostalgik, itulah gambaran yang dapat diberi dalam ketika acara gemilang Majlis Sambutan Penutup Bulan Kebangsaan dan Merdeka@sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat, semalam.

Bulan Kebangsaan bakal melabuhkan tirai, sudah tentunya sambutan dibuat dengan meriah agar ianya terus kukuh dan semangat Sayangi Malaysiaku akan terus terpahat dalam minda.

Bukan sahaja risalah bersejarah diedarkan kepada semua pelajar bahkan sambutan turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu patriotik, persembahan teater yang meniupkan obor semangat cintakan Negara.

Pengetua SMK Lui Barat, Mahat Bujang, mezahirkan perasaan bangga dan penghargaan kepada seluruh warga sekolah yang telah menunjukan komitmen dan kerjasama yang begitu baik sepanjang Bulan Kebangsaan ini telah.

“Ini adalah cara seluruh warga sekolah menunjukkan perasaan cinta kita kepada tanah air dan melalui program sebegini juga kita berharap ianya dapat menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri setiap guru dan pelajar di sekolah ini,” ujarnya ketika ditemui disini semalam.

Mahat juga berharap dengan program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Jempol Siti Noorezrin Mahmod, berasa teruja dengan komitmen dan kesungguhan guru dan pelajar sekolah yang menjayakan aktiviti bulan kebangsaan yang dirancang ini.

WhatsApp Image 2019-09-13 at 18.43.13

Tetamu undangan bersama pelajar-pelajar.

“Bukanlah sesuatu yang mudah untuk merancang acara dan dalam masa yang sama perlu melaksanakan tugas hakiki. Tanpa sokongan dan komitmen adalah mustahil untuk kita lihat cara sambutan dan perhiasan bendera yang memenuhi setiap ruang sekolah pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis tersebut.

Noorezrin juga meminta para pelajar agar menggunakan segala ilmu pengetahuan yang telah diserapkan melalui  pemilihan pengerusi Kelab Malaysiaku semasa Simulasi Pilihanraya yang pernah diadakan sebelum ini.

“Kerajaan telah mengangkat golongan belia untuk memilih pemimpin pada usia 18 tahun, justeru itu, modul yang kita laksanakan melalui pemilihan Pengerusi Kelab Malaysiaku adalah merupakan satu wadah untuk kita implementasikan di masa hadapan,” tambah beliau lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG SMK Lui Barat, Datuk Anuar Rasidin.

-AK

Tinggalkan komen anda