Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

NFCP Jadikan Jaringan Mudah Alih, Tetap Negara Lebih Menyeluruh

By 6 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Edi Rizam (Putrajaya)

CYBERJAYA, 6 Sept (Malaysiaaktif) – Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), akan dilancarkan pada 19 Sept ini, bertujuan menjadikan jaringan mudah alih dan tetap negara lebih menyeluruh selain berkualiti tinggi dan berpatutan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata NFCP akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu selain meningkatkan taraf hidup.

“NFCP akan mencipta lebih banyak pekerjaan baharu, menambah baik taraf hidup dan menarik pelaburan ke kawasan subbandar dan luar bandar,” katanya semasa taklimat media mengenai NFCP di sini, hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar merupakan kemudahan penting ke arah pertumbuhan ekonomi selain sebagai platform untuk membolehkan usahawan tempatan menjadi sebahagian rantaian bekalan global.

Pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengenai perkhidmatan jaringan negara itu — “menggandakan kelajuan, separuh daripada harga” — telah menunjukkan beberapa kesan positif, katanya.

Beliau berkata perkembangan positif itu termasuk purata penurunan harga jalur lebar sebanyak 49 peratus, kelajuan jalur lebar 10 kali lebih tinggi dan nilai pasaran meningkat bagi syarikat telekomunikasi.

Antara 31 Okt, 2018 dan 16 Ogos, 2019 Al-Ishsal berkata nilai pasaran firma telekomunikasi dan multimedia yang disenaraikan di Bursa Malaysia meningkat sebanyak 25 peratus.

Setakat 16 Ogos, industri komunikasi dan multimedia mewakili 9.4 peratus daripada pemodalan pasaran syarikat di Bursa Malaysia. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda