Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kempen Beli Barangan Malaysia Lonjak Ekonomi Domestik

By 6 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/Foto : Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR,  5 Sept (Malaysiaaktif) – KPDNHEP sedang berusaha melonjakkan perkembangan industri tempatan dengan mengadakan Pra Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2019 di Kompleks Beli Belah Nu Sentral  bagi merancakkan lagi hebahan kempen kepada rakyat Malaysia.

 

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, 60 peratus rakyat Malaysia lebih gemar membeli barangan buatan luar negara.

 

“Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2015, hasil dapatan mendapati lebih 75 peratus rakyat Malaysia tahu tentang adanya kempen beli barangan buatan Malaysia yang dijalankan oleh kerajaan,” ujar Saifuddin.

 

“Walau bagaimanapun  komitmen rakyat Malaysia dalam membeli barangan buatan Malaysia hanya 40 peratus sahaja. Ini menunjukkan jumlah pembelian barangan tempatan oleh  masih rendah meski pun ramai yang tahu tentang kempen beli barangan Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Pra Pelancaran KBBM 2019 di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Muez Abd Aziz ketika sidang media Pra Pelancaran KBBM 2019

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Muez Abd Aziz ketika sidang media Pra Pelancaran KBBM 2019

 

Sehubungan itu  Saifuddin  menyatakan inisiatif  Kerajaan dalam membantu pengusaha-pengusaha tempatan khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka  kerana sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

 

Menurut beliau, Malaysia harus mengambil iktibar dari kota Mekah yang suatu ketika dahulu kering kontang tetapi kini telah berkembang pesat bukan sahaja sebagai kota suci malah sebagai sebuah kota dagangan memasarkan barangan dari seluruh dunia termasuklah China, Hong Kong dan Jepun.

 

“Hari ini satu dunia mendatangi tanah Mekah tidak kira musim dan perniagaan di sana menawarkan barangan dari satu dunia. Siapa yang paling banyak beli barang di Mekah? Orang Melayu,” jelas Saifuddin.

 

“Barangan buatan Malaysia ini ada melibatkan peniaga berbilang kaum. Ada orang Sabah, Sarawak, Iban, Kadazan, Cina, India mahu pun orang Asli dan saya sokong semua,” ujar beliau menegaskan pendiriannya ketika ditemui di Kompleks Beli Belah Nu Sentral, di sini.

 

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia k menyokong pertumbuhan ekonomi  industri tempatan dengan membeli barangan buatan tempatan.

Saifuddin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan danmenyokong pengusaha-pengusaha tempatan

Saifuddin menyeru  rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan dan menyokong pengusaha tempatan

 

Beliau menekankan kita seharusnya fokus pada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, memandangkan ia akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi domestik dan rakyat Malaysialah yang akan menikmati manfaat tersebut bersama.

 

Tambah beliau lagi, “Penganjuran kempen ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat di samping semangat patriotisme terhadap produk serta perkhidmatan buatan Malaysia yang mana kualitinya mampu bersaing di peringkat antarabangsa.”

 

Saifuddin turut memaklumkan kementerianya sedang rancak  menjayakan KBBM 2019 dengan menggunakan 20 juta yang diperuntukkan dalam mengembangkan serta merancakkan industri barangan tempatan sekali gus menjadikan Malaysia lebih makmur.

 

Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia 2019 akan diadakan di Dataran Angsana, Johor Bahru bermula 30 Oktober hingga 3 November ini.

-AO

Tinggalkan komen anda