Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Aktiviti Kekeluargaan TAJ Pupuk Silaturahim

By 5 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Nasharuddin Mohd Shah (Johor Bahru)

KOTA TINGGI, 5 Sept (Malaysiaaktif) – Pengurusan Tadika Agama Johor (TAJ), Felda Air Tawar 3 telah mengadakan Pertandingan Mewarna bersama Keluarga di Sekolah TAJ Felda Air Tawar 3, di sini, hari ini.

Pertandingan yang julung kali diadakan bagi tahun 2019 bertujuan mempupuk silaturahim dalam sesebuah keluarga dan ia juga membina sifat kerjasama antara setiap ahli keluarga.

Aisy Madiha Ismail, pelajar TAJ yang menyertai pertandingan mewarna bersama keluarga.

Aisy Madiha Ismail, pelajar TAJ yang menyertai pertandingan mewarna bersama keluarga.

Pelajar Tadika Agama Johor (TAJ), Aisy Madiha Ismail yang ditemui berkata, beliau amat gemar aktiviti mewarna kerana ia membantu beliau untuk mewarna dengan lebih baik.

Seorang lagi peserta mewarna, Raihanah Izyan berkata, “saya gembira dapat menyertai aktiviti ini kerana ia melatih saya untuk mewarna dengan lebih cantik dan kreatif serta secara tidak langsung ia juga memberi peluang saya meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga dalam aktiviti ini.”

Raihanah Izyan yang turut serta dalam aktiviti ini.

Raihanah Izyan yang turut serta dalam aktiviti ini.

Cikgu Tadika Agama Johor (TAJ), Suzana Mohammad, berkata, “program ini diadakan untuk melihat komitmen keluarga yang menyertai pertandingan ini dan saya bersyukur sambutan yang diterima sangat memberangsangkan walaupun perancangan untuk aktiviti ini diadakan dalam tempoh masa yang singkat dan pemakluman kepada ibu bapa hanya diberi melalui aplikasi ‘whatsapp’ sahaja.”

“Pertandingan ini juga diadakan bagi melihat kerjasama antara ahli keluarga dalam kumpulan dan kreativiti setiap peserta dimana mereka hanya diberikan masa satu jam untuk menyelesaikannya,” ujarnya lagi.

Ibu Bapa bersama anak mewarna sambil mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Ibu Bapa bersama anak mewarna sambil mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Pemenang akan dinilai oleh panel yang telah dilantik, melalui beberapa kriteria seperti hasil warna tercantik serta kerjasama keluarga yang terlibat dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada suatu masa yang akan ditetapkan nanti.

Penyertaan kali ini melibatkan 19 buah keluarga yang terdiri dari ibu dan bapa, para pelajar TAJ yang berusia diantara 5 dan 6 tahun.
-NI-

Tinggalkan komen anda