Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Keceriaan Kemerdekaan Terus Disambut Meriah

By 8 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Nurazreen Abd Rahman/ Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara) 

KEPALA BATAS, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 penyertaan telah diterima oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Julai 2019.

Penjurian pertandingan keceriaan ini telah dilakukan oleh agensi daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Jabatan Arkib Negara bermula dari 2 September sehingga 5 September 2019 yang lalu dengan memberi fokus pemarkahan penilaian yang meliputi tiga aspek utama, aspek kreativiti iaitu keunikan kepelbagai reka bentuk menggunakan bendera, penggunaan bahan kitar semula dan aspek daya tarikan iaitu kelainan yang ditonjolkan seperti persembahan seni seperti bersajak, bersyair, berpantun dengan menggunakan tema bulan kebangsaan. Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan untuk kali ini.

Penyertaan kategori bangunan kerajaan iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Encik Ahmad Muhaimin Abdul Manaf, Ketua Balai Bomba berkata, “Beliau berbangga dengan penglibatan anggota bomba disini kerana bertungkus lumus menyiapkan pelbagai sudut keceriaan walaupun dalam keadaan bersiap sedia dengan tugasan sebagai bomba”. Selain itu beliau turut berharap pertandingan ini mendapat perhatian daripada masyarakat disekeliling dan seterusnya bersama-sama menyertai pertandingan yang baik ini.

Encik Ahmad Muhaimin Abdul Manaf, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor menerangkan kepada panel juri mengenai projek yang dilaksanakan

Encik Ahmad Muhaimin Abdul Manaf, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor menerangkan kepada panel juri mengenai projek yang dilaksanakan

Pertandingan ini merupakan program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2010 lagi bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara di samping meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan sama ada secara individu ataupun organisasi melalui cetusan kreativiti dalam menyampaikan informasi kenegaraan.

Antara yang terlibat menjayakan majlis

Antara yang terlibat menjayakan majlis

Fokus utama penganjuran pertandingan adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghormatan  kepada rakyat Malaysia melalui suasana keceriaan dan cetusan kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di kawasan kampung, bangunan serta premis masing- masing dalam usaha menggelorakan semangat patriotik secara holistik dan bersepadu.

-II-

Tinggalkan komen anda