Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Semarak Hari Kebangsaan Eratkan Perpaduan

By 11 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2019, Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 Peringkat Daerah Kota Bharu.

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck dalam ucapan perasmian penutupnya berkata peri pentingnya hidup bersatu padu dengan penuh harmoni sebagaimana yang kita kecapi pada hari ini, perlu dipereratkan dari semasa ke semasa.

“Rakyat perlu terlibat sama dan terus menyokong usaha kerajaan dengan merebut peluang yang disediakan seperti inisiatif kepada golongan B40 demi kebaikan bersama.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu, Azmee Mohamed Noor, pengisian Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 dilangsungkan bersama taklimat dan sesi soal jawab melalui kaunter pengedaran risalah dan pendaftaran terus oleh agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk RebetB40, KWSP untuk i-suri dan Great Eastern Takaful untuk mySalam di setiap hentian yang ditetapkan.

“Bagi menyemarakkan rasa cinta dan sayang pada tanah air maka konvoi digerakkan ke setiap hentian tumpuan umum seperti Pasar Siti Khadijah, Pasaraya Mydin Kota Bharu, Pasar Pulau Melaka, Pasar Binjai dan berakhir di Min House Camp Kubang Kerian,” kata Azmee lagi.

“Pengedaran Jalur Gemilang dan bahan penerbitan dasar-dasar kerajaan juga turut diagihkan kepada orang ramai yang turut serta memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan pada kali ini.” tambahnya lagi.

Noriah Jusoh 59, sedang mendengar penjelasan berkaitan permohonan i-suri dari pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Noriah Jusoh 59, sedang mendengar penjelasan berkaitan permohonan i-suri dari pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Noriah Jusoh, 59, turut teruja kerana beliau berpeluang merasai kemeriahan Konvoi Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 dan berkesempatan mendengar taklimat serta penjelasan berkaitan Rebet B40, i-suri dan mySalam dengan lebih jelas dan bermanfaat untuk diri serta keluarganya.

Seorang warga emas, Ariffin Ghazali, 70, pula berpendapat setiap dasar serta masej yang bermanfaat seumpama ini perlu diperluaskan secara bersemuka dari semasa ke semasa.

Kasidah Jaffar, 43, pula melahirkan rasa terima kasih kepada semua agensi yang terlibat menyebarluaskan maklumat ini yang pastinya memerlukan penjelasan lanjut setiap produk yang ditawarkan melalui kerajaan pusat amat bermakna kepada beliau yang merupakan seorang ibu tunggal .

Seramai 80 orang peserta kayuhan basikal terdiri daripada wakil-wakil jabatan serta agensi kerajaan dan swasta dengan yunit bergerak masing-masing telah mengambil bahagian dalam program yang diatur tahun ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda