Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Suasana Sugul Selubungi Sidang Media Kemangkatan Sultan Ismail Petra

By 28 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saufi Ab Ghani (Kelantan)

KOTA BHARU, 28 Sept (Malaysiaaktif) – Suasana sugul menyelubungi Sidang Media Kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim di Bangunan SUK, di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub membuat pengisyhtiharan melalui satu sidang media pukul 10.30 pagi sebelum Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhamad megumumkan tempoh berkabung bagi kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.

“Dua hari cuti peristiwa iaitu Ahad dan Isnin (29-30 Oktober) bagi kakitangan awam di negeri ini sebagai tanda berkabung seluruh rakyat negeri.

“Dalam tempoh berkabung kaki tangan awam dikehendaki memakai kain putih di kemuncak songkok atau bertali leher hitam selama 40 hari dan 100 hari kerabat diraja dan petugas istana,” katanya .

Bendera negeri dan lain-lain bendera dipasang separuh tiang selama 40 hari daripada hari kemangkatan.

Turut dimaklumkan berkaitan tata cara pusat-pusat hiburan dan majlis-majlis hiburan tidak dijalankan selama tiga hari selepas hari pemakaman.

DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mangkat pada pukul 8.11 minit pagi tadi di Hospital Raja Perempuan II, Kota Bharu.

-SH

Tinggalkan komen anda