Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pameran MyMerdeka Penghubung Antara Kerajaan dan Masyarakat

By 15 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan /foto:  Jamilah Sulaiman Nasution/Fauziah Abdullah (Seremban)

SEREMBAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Pameran MyMerdeka Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih telah tiba di destinasi terakhir di sini setelah menjelajah ke negeri ke Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Choo Ken Hwa, berkata program berbentuk komunikasi dua hala ini dapat menarik ramai pengunjung berbilang kaum daripada pelbagai peringkat umur.

“Menerusi program ini, jabatan-jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi luar dapat memasarkan pelbagai maklumat selain menyemarakkan semangat patriotik,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut di sini hari ini.

WhatsApp Image 2019-09-14 at 21.32.19

Orang ramai yang hadir ke Majlis Perasmian.

Menurut Ken Hwa lagi pameran seumpama ini juga dapat mendekatkan rakyat dengan kerajaan.

“Kita berada dalam era ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan media sosial merupakan penghubung antara rakyat dan kerajaan namun program ini masih diperlukan,” tambahnya lagi.

Sementara itu Timbalan Ketua  Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Sukari Ab Hamid, berharap agar pada penganjuran yang seterusnya agensi-agensi lain dapat bekerjasama dalam pameran ini.

“Kerjasama antara jabatan dan agensi amatlah penting agar dasar-dasar dan program kerajaan akan lebih difahami seterusnya dapat memupuk semangat solidariti dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini.

Program yang telah memasuki tahun keempat ini merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama sebuah pasaraya di Seremban 2, di sini.

-AK

Tinggalkan komen anda