Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Toleransi Kaum Kukuhkan Perpaduan Rakyat

By 10 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: R.Vikkneswaran (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti anjuran Pusat Khidmat Adun Jawi dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dan Kelab Bell Belia Tamil Jawi telah diadakan di Dewan Institut Latihan Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Jawi Hng Mooi Lye. Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu padu untuk membentuk negara yang harmoni, aman dan damai.

Ucapan perasmian oleh  ADUN Kawasan Jawi, Hng Mooi Lye

Ucapan perasmian oleh ADUN Kawasan Jawi, Hng Mooi Lye

Beliau juga menyeru masyarakat berbilang kaum untuk menghormati dan memahami agama dan budaya yang ada dinegara kita. Selain itu, setiap individu harus peka dalam memainkan isu sensitif terutamanya di media sosial kerana ianya boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

Di samping itu, sesi taklimat mengenai Skim My Salam dan Peka B40 yang membantu rakyat golongan B40 untuk mendapat khidmat perubatan dan kebajikan disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan, Farhani bt Ismail.

Sesi taklimat bersama Pegawai Penerangan Daerah, Farhani bt Ismail

Sesi taklimat bersama Pegawai Penerangan Daerah, Farhani bt Ismail

Menurut Encik.Elanggovan Pegawai Serantau Adun Jawi berkata program seperti ini perlu diadakan setiap tahun pada bulan kemerdekaan bagi menyemai semangat cinta negara kita.

-II-

Tinggalkan komen anda