Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Bank Dunia Cari Ruang Kerjasama Dengan Kerajaan Sabah

By 22 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Bank Dunia mencari ruang kerjasama dengan Kerajaan Sabah dalam membantu meningkatkan perkembangan ekonomi.

Ketua Bank Dunia Malaysia, Richard Record berkata selain daripada kemajuan, cabaran yang dihadapi juga perlu diatasi dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan.

“Kunjungan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertujuan untuk membincangkan mengenai perkara yang perlu diberi perhatian, kepentingan dan matlamat yang perlu dicapai oleh Kerajaan Sabah.

Richard berkata sesuatu kepada Shafie semasa perbincangan.

Richard berkata sesuatu kepada Shafie semasa perbincangan.

“Selain itu, kita juga melihat aspek bantuan yang boleh disalurkan dengan cara berkongsi kepakaran bagi mencapai matlamat tersebut dalam sudut perkembangan ekonomi.

“Bank Dunia juga bersedia membantu dalam penelitian cabaran yang dihadapi oleh negeri bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu berkaitan,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pada Selasa.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Pakar Runding Makro, Perdagangan dan Pelaburan, Robert Whyte; Ketua Pakar Sektor Awam, Rajni Bajpai; Pakar Sektor Awam, Abdullah Maamor Ibrahim; Pakar Ekonomi, Chong Yew Keat bersama dua pegawai Pertubuhan Bank Dunia yang lain.

ER

Tinggalkan komen anda