Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Bulan Sukan Negara Pupuk Budaya Bersukan

By 22 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh  (Melaka)

MELAKA, 22 Okt – (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) yang diisytiharkan pada bulan Oktober setiap tahun merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Menurut Exco Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka,  Kerk Chee Yee, Bulan Sukan Negara adalah agenda Nasional  selari dengan matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.

“BSN diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan ini, selaras dengan konsep inklusiviti dalam pelaksanaanya meliputi segenap lapisan umur,  kaum dan latar belakang, serta penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan.

“Kerajaan sentisa berusaha menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang kurang aktif bersukan masih pada tahap sederhana sekitar 45 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju.

“BSN kali ini menjaya menarik lebih 80,000 orang menerusi pelbagai aktiviti sukan yang juga membabitkan di tiga daerah di negeri Melaka,”ujar Kerk.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan insentif berjumlah RM344,200 kepada 26 atlet Sukan Para Asia dan Para Sukma Perak 2018 yang berjaya mengharumkan nama Negeri Melaka.

Kerk membaling bola keranjang simbolik menyeru masyarakat membudayakan sukan.

Kerk membaling bola keranjang simbolik menyeru masyarakat membudayakan sukan.

-KN

Tinggalkan komen anda