Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bina Sistem Statistik Yang Teguh Tanggungjawab Bersama

By 22 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:  Ezzaty Razimi/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 22 Okt (Malaysiaaktif) –  Tahun 2018 menyaksikan bilangan penduduk di daerah Muar telah mencecah hampir 281.5 ribu orang mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di mana daerah ini turut mencatatkan peningkatan kedua tertinggi bagi pendapatan isi rumah kasar bulanan berbanding daerah lain di negeri Johor dengan kadar kenaikan daripada RM4,779 pada tahun 2014 kepada RM5,371 pada tahun 2016.

Perkara ini jelas memberi gambaran bahawa taraf hidup masyarakat di daerah Muar semakin meningkat saban tahun dan berikutan itu, daerah Muar telah dipilih untuk penganjuran Hari Statistik Negara.

Kampung Seri Sepadan memenangi Anugerah Khas Kampung Stat sempena Sambutan Hari Statistik Negara menewaskan 90 buah kampung yang lain.

Kampung Seri Sepadan memenangi Anugerah Khas Kampung Stat sempena Sambutan Hari Statistik Negara menewaskan 90 buah kampung yang lain.

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah diadakakan untuk memeriahkan sambutan tersebut, antaranya School Outreach Programme, Stats Talk, Cilik Stats, Stats Plogging, Stats Fun Run 10,000 Langkah, Stat Bike Corner dan Stats Sports yang menyaksikan penglibatan daripada pelbagai peringkat umur dalam kalangan masyarakat setempat selama tiga hari berturut–turut.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, dan turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Menteri Belia dan Sukan merangkap ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin, Pegawai Daerah Muar Mohd Hafiz Ahmad, dan pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri.

Mohamad Esa Lamin bersama Penghulu Mukim Ayer Hitam bersama hadiah dimenangi.

Mohamad Esa Lamin bersama Penghulu Mukim Ayer Hitam bersama hadiah dimenangi.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam ucapannya sempena Hari Statistik Negara 2019 berkata, “untuk membina sistem statistik Negara yang teguh merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua entiti dalam ekosistem Sistem Statistik Negara dan ia bukan hanya digalas oleh Jabatan Perangkaan secara bersendirian malah menjadi tanggungjawab semua warga Negara tercinta ini.”

Bersempena sambutan Hari Statistik Negara, Kampung Seri Sepadan, Ayer Hitam, Muar turut melakar nama apabila dinobat sebagai pemenang kategori Anugerah Khas Kampung Stat menewaskan 90 buah kampung yang lain di mana kemenangan ini jelas menunjukkan penduduk kampung berjaya bersatu padu menggembleng tenaga dalam memastikan gelaran juara milik mereka.

Pegawai Daerah Muar Mohd Hafiz Ahmad turut menyertai acara Stat Bike Corner yang diadakan sempena sambutan Hari Statistik Negara 2019.

Pegawai Daerah Muar Mohd Hafiz Ahmad turut menyertai acara Stat Bike Corner yang diadakan sempena sambutan Hari Statistik Negara 2019.

Mohamad Esa Lamin, 45, Ketua Kampung Seri Sepadan berkata untuk memenuhi kriteria yang diperlukan dalam pertandingan ini, beliau bersama ahli-ahli Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk kampung bekerjasama mengemaskini profil kampung dengan menggunakan teknik infografik yang kreatif dan menarik dalam memaparkan maklumat yang sedia ada agar lebih mudah difahami.

“Paparan data secara infografik ini sebenarnya lebih mudah difahami dan pengumpulan data melalui profil kampung yang ada secara tidak langsung menjadikan perancangan pentadbiran Mukim dan kampung itu lebih sistematik di masa hadapan,” ujar penghulu Mukim Ayer Hitam, Afezan Yahya.
-NI-

Tinggalkan komen anda