Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KHM Penggerak Masyarakat Berinformasi

By 22 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Mohd Najib Mohaini (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang hadir ke Program Sepakat@Komunti Daerah Batu Pahat 2019 bagi meraikan Majlis penyerahan Watikah Perlantikan Rasmi seramai 42 orang pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang terdiri dari 22 KHM daerah Batu Pahat, 15 KHM daerah Kluang dan 5 KHM daerah Mersing.

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan tersebut telah diadakan di Dewan Jubli Intan Batu Pahat di mana kesemua pengerusi yang menerima perlantikan tersebut telah dilantik oleh masyarakat di komuniti masing-masing sebagai medium mendapatkan maklumat terkini dari kerajaan untuk dipasarkan kepada orang ramai.

Komuniti Harapan Malaysia ini ditubuhkan untuk merapatkan jurang antara pemimpin dan masyarakat setempat - Zainudin Ismail

Komuniti Harapan Malaysia ini ditubuhkan untuk merapatkan jurang antara pemimpin dan masyarakat setempat – Zainudin Ismail

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, Zainuddin Ismail dalam ucapan aluannya berkata, “Komuniti Harapan Malaysia ini ditubuhkan untuk merapatkan jurang antara pemimpin dan masyarakat setempat dan ahli jawatankuasa Komuniti Harapan Malaysia akan menggalas tanggungjawab besar dalam membantu mengumpul segala maklum balas mengenai harapan, aspirasi serta isu-isu yang dihadapi masyarakat.”

“Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara.

KHM mampu mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhuwah diantara satu sama lain, malah menjadi satu medium penting dalam memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat hingga ke akar umbi - Gan Peck Cheng

KHM mampu mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhuwah diantara satu sama lain, malah menjadi satu medium penting dalam memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat hingga ke akar umbi – Gan Peck Cheng

“Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya lagi.

Menurut Gan Peck Cheng, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penggaram berkata, “saya percaya bahawa melalui program yang disusun oleh KHM mampu mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhuwah di antara satu sama lain, malah menjadi satu medium penting dalam memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat hingga ke akar umbi.”

“Dengan adanya jaringan hubungan Rakan Strategik yang merupakan aset bagi Jabatan Penerangan untuk menggerakkan matlamat kerajaan dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan sentiasa mencapai matlamat dan kualiti yang ditetapkan,” tambahnya lagi.

Turut hadir program Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang Ir Khairuddin A Rahim, wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat Muzamel Sharif, Penyelaras DUN Parit Raja Abdul Lateef Mahrani, Penyelaras DUN Semarang Zaini Kosnin, Penyelaras DUN Rengit Malik Faishal Ahmad dan wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Yaani Ezam Taslim.
-NI-

Tinggalkan komen anda