Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pupuk Semangat Kesukarelawan OKU dalam Masyarakat

By 22 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)

MELAKA, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Selaras dengan usaha Kerajaan menaik taraf perkhidmatan dan Program OKU, Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah mengambil inisiatif berganding bahu bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Perdana Lesung Batu, Machap menjalankan aktiviti bersama warga pelatih di sini, baru-baru ini.

Aktiviti melukis mural.

Aktiviti melukis mural.

Menurut Penghulu Kawasan Machap Jaya, Arif Omar yang mewakili Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lin, beliau amat berbesar hati dan berterima kasih atas keperihatinan Pejabat Penerangan Alor Gajah menjalankan program yang mendekatkan diri dengan insan-insan istimewa ini.

“Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang agar insan – insan istemewa ini tidak rasa dipinggirkan dan mereka akan dihargai oleh masyarakat,” ujarnya.

Manakala menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan@Abd Rashid, program ini selaras dengan dasar OKU negara sebagai menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.

“Selain itu dengan adanya program ini, kita dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelawan dalam pembangunan OKU selain memupuk nilai-nilai murni berkasih sayang dan tolong menolong sesama manusia,” ujar Salina.

Penyelia PPDK Seri Perdana, Nurul Ashikin Harun berkata pelbgai aktiviti telah diadakan pada seperti senamrobik, sukaneka dan melukis mural dengan kerjasama 40 pelatih dan penjaga mereka turut hadir bersama memeriahkan lagi program ini.

Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan@Abd Rashid memyampaikan cenderhati kepada penghulu kawasan Machap Jaya, Arif Omar.

Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan@Abd Rashid memyampaikan cenderhati kepada penghulu kawasan Machap Jaya, Arif Omar.

-KN

Tinggalkan komen anda