Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Budak Maut Jatuh Lubang Kumbahan: Semua Pihak Mesti Awasi Pergerakan Anak-anak – TPM

By 9 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak supaya tragedi kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis tidak berulang.

“Takziah buat keluarga Allahyarham adik Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz. Saya doakan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau, semalam.

Mohammad Anas Hadif yang berumur tiga tahun ditemukan mati dipercayai terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di kuarters Polis Pasir Puteh, Ipoh semalam. – BERNAMA

Tinggalkan komen anda