Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

Hampir 90 Peratus Maklumat Disebar Tidak Tepat – Firdaus

By 5 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

JITRA, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Media sosial ataupun platform media dalam talian bukanlah satu tempat untuk mencari fakta atau mengulangkaji maklumat yang diterima kerana hampir 90 peratus maklumat yang diterima adalah tidak tepat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah Mohd Firdaus Ahmad, masyarakat haruslah menyemak terlebih dahulu setiap maklumat yang diterima sebelum menyebarkan di platform media sosial masing-masing.

“Sekiranya kita terima info-info daripada sumber yang tidak sahih perlulah disemak terlebih dahulu, dan sekiranya terbukti tidak benar maka janganlah kita menjadi sebahagian daripada penyebar berita palsu.

“Berita-berita palsu atau fitnah ini boleh menjatuhkan atau melumpuhkan seseorang mahupun sesebuah institusi itu sendiri sekiranya tidak diatasi dengan baik,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Peserta tuan rumah menyampaikan pidato bertajuk "Pelihara Integriti Melestari Kecemerlangan".

Peserta tuan rumah menyampaikan pidato bertajuk “Pelihara Integriti Melestari Kecemerlangan”.

Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan ini melibatkan seramai 15 orang peserta mewakili negeri dan wilayah masing-masing bertanding merebut lima tempat ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung esok di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

Dalam pada itu, peserta tuan rumah Muhammad Neqmat Siddiq Thal’hah, 19, menyifatkan pertandingan pidato ini sebagai satu medium untuk meluahkan apa yang dirasa berkaitan satu-satu topik yang dibincangkan.

“Dengan berpidato ini sedikit sebanyak dapat membina keyakinan diri peserta disamping menyumbang kepada negara dengan memberi penjelasan berkaitan tajuk yang diberikan agar kefahaman akan menjadi lebih jelas,” ujar pelajar perubatan Universiti Kuala Lumpur, Ipoh Perak ini.

-SH

Tinggalkan komen anda