Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pengangkutan 2019 Tawar Empat Ribu Jawatan Kosong

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)

SEREMBAN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Ribuan pencari kerja telah membanjiri pusat membeli belah di sini sempena Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pengangkutan 2019 yang berlangsung selama dua hari.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membantu menemukan pencari kerja dengan berbagai majikan bagi mendapatkan pekerjaan bawah satu bumbung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, Arul Kumar Jambunathan, karnival yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama oleh Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Sembilan dan JobsMalaysia Negeri Sembilan.

“Pada hari ini para pencari kerja bertuah kerana dapat bertemu sendiri dengan lebih 40 buah syarikat yang terdiri daripada Sektor Pengangkutan dan majikan-majikan yang hadir pada hari ini menawarkan lebih 4,000 kekosongan jawatan untuk diisi oleh anak-anak tempatan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2019-10-19 at 20.59.16

Anthony ketika sesi sidang media.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Foke ketika berucap merasmikan program ini berharap program ini dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Kementerian Pengangkutan dengan orang awam terutamanya golongan belia.

Tambahnya lagi, program ini akan diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain pada masa yang akan datang.

Antara majikan yang mengambil bahagian pada hari ini termasuklah Prasarana Malaysia Berhad, Air Asia, Malindo Air, Pos Aviation, ERL Maintenance Support, DRB Hicom Defense Services, PUSPAKOM, dan Touch N Go.

Tidak ketinggalan majikan dari Negeri Sembilan yang turut sama hadir dan menawarkan pekerjaan pada hari ini seperti Samsung SDIEM, ALPS Electric, Hino Motors Manufaturing, Lexis Hibiscus Port Dickson, SWM Environment dan juga Kibing Group.

-AK

Tinggalkan komen anda