Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

470 Peserta Dalam Dan Luar Negara Sertai RESPEX 2019

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Khairudin A.M. (Negeri Sembilan)/Rozita Ibrahim (Politeknik Port Dickson)

PORT DICKSON, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Politeknik Port Dickson (PPD) mendapat sambutan dan pujian daripada para peserta Regional Educator and Student Product Exhibition (RESPEX 2019) dari dalam dan luar negara yang mengambil bahagian kerana berjaya menganjurkan program tersebut dengan baik dan lancar.

RESPEX 2019 telah berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober 2019 yang lalu mempertandingkan sebanyak 18 kategori meliputi sains, kejuruteraan dan sains sosial yang melibatkan kira-kira 470 peserta.

Program tersebut bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pensyarah dan pelajar PPD bahawa inovasi mereka boleh dipertandingkan di peringkat antarabangsa selaras dengan tema pameran tahun ini ialah ‘Skills Meet Knowledge’.

WhatsApp Image 2019-10-19 at 20.41.50

Sesi penilaian juri bagi produk inovasi.

Tahun ini menyaksikan peningkatan penyertaan produk pameran berbanding tahun lalu, iaitu sebanyak 160 produk yang melibatkan penyertaan produk inovasi dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Laos.

Pengarah PPD Roslee Yahya, berkata RESPEx 2019 ini  merupakan satu platform bagi para peserta bertuka pengetahuan dan pengalaman dalam bidang inovasi.

“Para pelajar juga dapat berkongsi pengetahuan dalam penyelidikan ke arah menghasilkan produk yang bermutu ke pasaran antarabangsa di samping mewujudkan jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dalam negara dengan luar negara,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik), Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk  Kamel Mohamad, berkata peningkatan penyertaan dalam RESPEX 2019 menunjukkan  ianya merupakan satu program yang amat sesuai untuk para penyelidik dan pelajar menyerlahkan bakat.

“Di samping menyerlahkan potensi diri, para pelajar dan penyelidik dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mempromosi dan mempamerkan produk inovasi masing-masing,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan RESPEX 2019.

WhatsApp Image 2019-10-19 at 20.41.29

Peserta Malaysia menerima anugerah utama.

Dalam pertandingan tersbut, PPD berjaya merangkul dua anugerah utama iaitu Anugerah ‘Best Malaysia Product’ dan ‘Best RESPEX’.

Disamping itu, turut disampaikan Anugerah ‘International Marathon  Building Information Modeling’  (BIM) 2019, ia merupakan satu pertandingan untuk menguji kemahiran pelajar menggunakan teknologi BIM dalam menghasilkan lukisan tanpa henti selama 48 jam dan telah dimenangi oleh peserta dari PPD.

Turut hadir, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Ishak Mohamad, Pensyarah Kanan Ansan Universiti Korea Selatan, Dr Kim Gyu Hwan serta delegasi penyarah dan pelajar dari negara-negara Asean.

-AK

Tinggalkan komen anda