Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kerajaan Negeri Komited Bantu Masyarakat Cari Pekerjaan

By 21 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)

SEREMBAN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan  Negeri Sembilan melalui JobsMalaysia Negeri Sembilan sentiasa komited untuk membantu rakyat di negeri ini secara umum untuk mendapatkan pekerjaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, Arul Kumar Jambunathan kerajaan telah menyediakan platform pencarian pekerjaan secara percuma iaitu melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.

“Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh JobsMalaysia, sehingga September 2019 sebanyak lebih 31 ribu kekosongan jawatan telah didaftarkan di dalam portal tersebut, manakala seramai lebih 9 ribu orang pencari kerja telah dibantu untuk mendapatkan pekerjaan melalui temuduga terbuka di Pusat JobsMalaysia Negeri Sembilan,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pengangkutan 2019 yang berlangsung di sini.

WhatsApp Image 2019-10-19 at 21.12.02

Gimik perasmian majlis.

Portal tersebut bukan sahaja percuma kepada pencari kerja, malahan majikan juga boleh menggunakan portal ini secara percuma untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai.

Dalam pada itu, Khairunnisa Zainuddin, graduan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menetap di Seremban berkata karnival ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan.

“Orang ramai terutamanya pencari kerja tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta dalam karnival ini di mana lebih 40 majikan disatukan bawah satu bumbung,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda