Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Karya Seni Naif Punya Golongan Peminat Tersendiri

By 9 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Karya seni naif mungkin kelihatannya sangat mudah dihasilkan, kerana jika dilihat ia umpama sebuah contengan, lakaran ataupun ‘doodle’ yang dibentuk hingga menjadi karya indah.

Awang Fadilah bersama karya-karya miliknya.

Awang Fadilah bersama karya-karya miliknya.

Namun menurut pelukis tempatan, Awang Fadilah Ali Hussein, karya seni naif walaupun nampak mudah tetapi ia memerlukan bakat yang tinggi malahan sebagai seorang pelukis, setiap daripada mereka perlu punya identiti yang tersendiri.

“Seni naif mempunyai golongan peminat sendiri dan kebanyakannya merupakan pelancong dari luar, oleh sebab itu banyak lukisan saya yang akan dikirim ke luar negara kerana banyak permintaan dari sana.

Antara lukisan dan cenderahati yang terdapat pada galeri milik Awang Fadilah.

Antara lukisan dan cenderahati yang terdapat pada galeri milik Awang Fadilah.

“Sebelum ini saya membuka galeri di rumah sahaja yang menyebabkan pelancong-pelancong ini sukar untuk mendapatkan karya saya, namun selepas membuka gerai di Jalan Gaya setiap malam Jumaat dan Sabtu serta siang Ahad, permintaan semakin meningkat.

“Tetapi saya masih juga menyimpan hasrat untuk memiliki premis sendiri, selepas lebih kurang empat bulan mencari lokasi yang strategik serta harga sewa yang sesuai, akhirnya saya dapat juga membuka premis di sini,”ujar Awang Fadilah ketika ditemui di premis miliknya yang terletak di Kompleks Asia City.

Jennifer dan rakan-rakan yang berkunjung memberikan sokongan pada pembukaan Mini Galeri.

Jennifer dan rakan-rakan yang berkunjung memberikan sokongan pada pembukaan Mini Galeri.

Antara produk yang dipamerkan dan boleh diperoleh pada mini galeri milik Awang Fadilah seperti lukisan, poskad, baju, cenderahati dengan harga serendah RM6.00 hingga ribuan ringgit.

Dalam pada yang sama, Awang Fadilah turut gembira menerima kehadiran, Kurator Galeri Balai Seni, Jennifer P. Linggi serta rakan dan keluarga yang hadir ke mini galerinya sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap bakat seninya.

Karya Seni naif yang mempunyai golongan peminat sendiri.

Karya Seni naif yang mempunyai golongan peminat sendiri.

Menurut Awang Fadilah, beliau akan menyertai pameran yang dijalankan di Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah yang dijadualkan pada penghujung Oktober ini.

ER

Tinggalkan komen anda