Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Majlis Dialog Medan Santuni Rakyat

By 9 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Nadia Lawaji (Kota Kinabalu)

KUDAT, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N2 Tanjung Kapor, Chong Chin Bin @ Ben Chong mengambil inisiatif menjalankan sebuah Majlis Dialog bagi menyantuni penduduk kampung seluruh Kudat.

Majlis Dialog yang dijalankan di Kampung Limau-Limauan pada isnin melibatkan penduduk kampung itu sendiri termasuk Tampakan dan Milau.

Ben Chong bersama-sama Sapdin dan wakil-wakil jabatan yang berkaitan dengan aktiviti persisiran pantai.

Ben Chong bersama-sama Sapdin dan wakil-wakil jabatan yang berkaitan dengan aktiviti persisiran pantai.

“Dialog ini telah lama dirancang dan ia akan diteruskan ke kampung-kampung seluruh Kudat.

“Pada majlis kali ini, ketua-ketua jabatan atau wakil dibawa bersama bagi menjawab persoalan yang ingin diajukan oleh penduduk-penduduk kampung.

Wakil dari Kg Limau-Liamuan mengajukan permasalahan kampung pada Pihak IPD Kudat.

Wakil dari Kg Limau-Liamuan mengajukan permasalahan kampung pada Pihak IPD Kudat.

“Biasanya saya ada membuat perjumpaan yang di namakan Hari Bertemu Wakil Rakyat N2 Tanjung Kapor tiap sebulan sekali tetapi tidak semua penduduk kampung dapat hadir ke pekan.

“Lalu saya mengambil inisiatif dan perhatian penuh dengan membawa jabatan berkaitan untuk datang sendiri ke kampung-kampung berkenaan untuk mendengar permasalahan dan kemusykilan penduduk dan mereka akan dapat jawapan secara langsung daripada wakil yang hadir,”ujarnya.

Ben Chong sedang menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peserta.

Ben Chong sedang menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peserta.

Antara jabatan yang hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Pejabat Daerah yang di hadiri oleh Pegawai Daerah, Sapdin Ibrahim; Jabatan Tanah dan Ukur, Taman-Taman Sabah, Polis Diraja Malaysia Kudat, Jabatan Perikanan Malaysia, Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) serta Pejabat Penerangan Kudat yang turut hadir sebagai pemerhati.

“Harapan saya agar penduduk-penduduk dari tiga daerah ini tidak merasa terpinggir dan permasalahan mereka mendapat perhatian daripada wakil yang hadir.

Ben Chong menerima cenderakenangan daripada wakil ketiga-tiga kampung

Ben Chong menerima cenderakenangan daripada wakil ketiga-tiga kampung

“Saya turut berharap, kemajuan dan peningkatan tahap ekonomi berlaku secara sekata di bandar Kudat dan selaras juga di seluruh kampung-kampung di seluruh Kudat ini.

“Diharapkan tiada lagi rasa terkilan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat,” harapnya.

ER

Tinggalkan komen anda