Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Warga KKM Perlu Kreatif, Hasil Produk Inovasi Bantu Masyarakat

By 9 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini diseru agar sentiasa berfikir dan bertindak di luar kotak bagi menzahirkan idea yang kreatif agar mutu perkhidmatan yang disalurkan terus berkembang serta membantu masyarakat.

Dr. Christina melawat tapak pameran dan menyaksikan projek inovasi dari hospital yang mengambil bahagian.

Dr. Christina melawat tapak pameran dan menyaksikan projek inovasi dari hospital yang mengambil bahagian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr. Christina Rundi berkata, usaha untuk membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan warga KKM akan terus dipergiat bukan sekadar untuk memperkemaskan perkhidmatan yang ditawarkan sebaliknya memberi impak serta manfaat kepada organisasi dan orang ramai.

“Setiap penjawat awam khususnya warga KKM bukan sahaja perlu berfikir malahan bertindak di luar kotak bagi menonjolkan idea yang kreatif melalui tindakan yang inovatif.

Dr. Christina melawat tapak pameran dan menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertandingan inovasi peringkat JKNS.

Dr. Christina melawat tapak pameran dan menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertandingan inovasi peringkat JKNS.

“Dalam menghasilkan sesuatu inovasi, antara faktor yang paling penting adalah komitmen sama ada di pihak yang mencipta mahupun pihak atasan.

“Sehubungan itu bagi melonjakkan pembudayaan inovasi sebagai salah satu sumber penjana kejayaan, ketua jabatan juga dituntut untuk lebih kreatif dalam menyediakan pelbagai platform agar semua lapisan kakitangan merasa terpanggil untuk mengusahakan sesuatu pembaharuan dan inovasi,” jelas Christina.

Kumpulan Joy, daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Unit kejururawatan menjadi Johan bagi Kategori Inovasi Produk menerusi penghasilan produk OXYMATE.

Kumpulan Joy, daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Unit kejururawatan menjadi Johan bagi Kategori Inovasi Produk menerusi penghasilan produk OXYMATE.

Dr. Christina berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Anugerah Inovasi 2019, anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bertempat di Auditorium Hospital Queen Elizabeth (HQE), pada Selasa.

Katanya antara tujuan utama mengadakan Pertandingan Inovasi adalah untuk memupuk dan meningkatkan interaksi secara berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif dalam kalangan warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Dr. Christina ketika memberi cadangan bagi penambahbaikan projek inovasi kepada kumpulan yang bertanding

Dr. Christina ketika memberi cadangan bagi penambahbaikan projek inovasi kepada kumpulan yang bertanding

“Sehubungan itu setiap penghasilan projek inovasi bukan sahaja perlu ditambah nilai malah perlu dimantapkan serta diaplikasikan bagi meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan perubatan di negeri ini.

“Dalam agenda pembangunan sesuatu organisasi, Inovasi merupakan elemen penting kerana ia mampu meningkatkan produktiviti dan daya saing yang akan menjadikan organisasi tersebut relevan, “jelas Christina.

Dr. Christina merakamkan gambar bersama pegawai serta peserta pertandingan inovasi di tapak pameran pertandingan.

Dr. Christina merakamkan gambar bersama pegawai serta peserta pertandingan inovasi di tapak pameran pertandingan.

Sambil menghargai dan berbangga dengan kesungguhan anggota JKNS menghasilkan projek-projek inovasi yang bermutu sehingga berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan, beliau berharap projek Inovasi yang berpotensi dan bermutu akan terus diperhalusi dan dikembangkan agar mampu dimanfaatkan secara lebih menyeluruh.

Pertandingan Anugerah Inovasi Peringkat JKNS yang berlangsung selama dua hari sejak Isnin menyaksikan lebih 20 projek inovasi rawatan dan perubatan diketengahkan dan dibentangkan oleh kumpulan inovasi daripada hospital-hospital seluruh Sabah.

Dr. Christina merakamkan gambar bersama Johan Kategori Inovasi Perkhidmatan, kumpulan MyCPU dari Hospital Tawau.

Dr. Christina merakamkan gambar bersama Johan Kategori Inovasi Perkhidmatan, kumpulan MyCPU dari Hospital Tawau.

Bertemakan ‘Inovasi Teras Kecemerlangan’ acara anugerah tahunan ini antara lain bertujuan memberi pengiktirafan kepada hasil-hasil inovasi warga KKM yang mampu meningkatan kualiti penyampaian dan perkhidmatan selain memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif warganya dalam melaksanakan tugas harian.

Pada pertandingan ini, kumpulan MyCPU daripada Hospital Tawau dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Inovasi Perkhidmatan, manakala kumpulan Joy, Unit Kejurawatan daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) menjadi Johan bagi Kategori Inovasi Produk. Pemenang setiap kategori turut menerima hadiah berbentuk sijil serta wang tunai sebanyak RM 1,000. (Ringgit Malaysia Satu Ribu).

Dr. Christina merakamkan foto bersama warga JKNS melibatkan peserta pertandingan Inovasi daripada hospital seluruh Sabah.

Dr. Christina merakamkan foto bersama warga JKNS melibatkan peserta pertandingan Inovasi daripada hospital seluruh Sabah.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Dr. Zainatunomri Omar selaku pengerusi Penganjur Pertandingan, Pengarah Hospital Queen Elizabeth Dr. William Gotulis, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian JKNS, Pengarah-pengarah hospital seluruh Sabah, barisan Panel Penilai Pertandingan serta pegawai-pegawai kanan KKM.

ER

Tinggalkan komen anda