Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] My Best Buy Tawar Barangan Kualiti Pada Harga Berpatutan

By 24 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Program My Best Buy yang dilaksanakan di Pekan Kota hari ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada penduduk setempat dengan menawarkan barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Negeri Sembilan Sahrizal Masrudin, berkata tawaran lebih rendah antara lima hingga 20 peratus ditawarkan bagi produk agro makanan yang terpilih serta produk lain yang ditawarkan terus daripada pengeluar ke pengguna.

“Program My Best Buy menyediakan jadual program tetap iaitu sebulan sekali mengikut kesesuaian lokasi.

“Program sebegini mampu membantu masyarakat di kawasan setempat untuk membeli barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding harga biasa yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kota ini turut disertai pameran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penerangan. Program turut dihadiri Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Asmizal Jaafar, dan pejabat Penerangan Daerah Rembau turut memberikan maklumat dalam bentuk maklumat bergerak kepada pengunjung.

“Program sebegini akan dijalankan pada setiap akhir bulan di mana sebahagian penduduk sekitar kawasan Kota Negeri Sembilan yang bersara atau masih berkhidmat dengan kerajaan atau pihak swasta yang telah mendapat gaji menudahkan mereka untuk berbelanja keperluan harian pada setiap bulan,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda