Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Martabat Seni Budaya Nusantara Melalui Silat

By 14 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Seni silat menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

Menurut Pengerusi Persatuan Ikhwah Seri Banian Akhi Rijalluddin Jaafar, 39, seni silat mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan yang dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain.

“Menjadi harapan dan impian untuk mengangkat martabat masyarakat Melayu serta menyatukan mereka dalam satu kesenian kebudayaan yang meliputi seluruh Nusantara.

“Melalui kemudahan yang disediakan ini diharap mampu menarik minat pengunjung untuk datang kesini pada masa depan, dan pihak persatuan juga sedang merangka untuk membina 20 buah chalet yang berkonsepkan masyarakat Melayu Nusantara mulai tahun hadapan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Mukim Rambai, Md Zin Md Hussin, 45, turut menyatakan dalam mencapai perpaduan sesuatu bangsa, masyarakat tidak akan terlepas daripada rintangan dan halangan.

“Rintangan dan halangan ini ada yang berpunca dari dalam setiap individu dalam masyarakat itu sendiri dan tidak kurang juga yang datang dari luar.

“Generasi muda hari ini perlu diberi pendedahan awal supaya mereka dapat membina jatidiri serta kekuatan rohani dan membantu perkembangan seni budaya Melayu Nusantara,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda