Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Penggunaan Plastik Di Malaysia Lebih 3 Kali Ganda

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin hari ini menyatakan Malaysia berada di tangga pertama dalam konteks penggunaan plastik  iaitu  melebihi  tiga kali ganda berbanding purata serantau, iaitu 20kg plastik seorang setahun.

 

Menurut Yeo, kajian yang dijalankan Ipsos Sdn. Bhd. (Ipsos) mendapati setiap rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 75kg plastik dalam tempoh setahun dan ini merupakan satu jumlah yang amat besar dan membimbangkan.

Yeo menegaskan tugas menjaga kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

Yeo menegaskan tugas menjaga kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

 

Justeru, kempen kesedaran alam sekitar akan diperluaskan lagi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya pencemaran plastik terhadap alam sekitar sekali gus membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan rakyat.

 

“Ia juga merupakan hasrat Kerajaan dengan adanya kempen seumpama ini dapat  mengurangkan penggunaan plastik sekurang-kurangnya lebih rendah  daripada statistik sedia ada,” kata Yeo ketika ditemui pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 di Taman Pudu Ulu, di sini.

 

Tambah beliau, kementeriannya juga telah menjalankan satu kajian kesedaran yang melibatkan 3,000 orang responden dan mendapati hanya 56 peratus rakyat Malaysia bimbang mengenai masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada plastik.

SM St. Patrick, Tawau, Sabah mengungguli tempat pertama Anugerah Sekolah Lestari  Sesi 2018/2019 bagi kategori sekolah menengah sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala dan sijil.

SM St. Patrick, Tawau, Sabah mengungguli tempat pertama Anugerah Sekolah Lestari Sesi 2018/2019 bagi kategori sekolah menengah sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala dan sijil.

 

“Kajian ini juga menunjukkan 80 peratus rakyat beranggapan Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap usaha mengatasi  isu pencemaran alam sekitar yang semakin membimbingkan ini. Sebenarnya ia bukan tanggungjawab Kerajaan sahaja malah tanggungjawab  bersama iaitu Kerajaan dan rakyat,” ujar beliau lagi.

 

Beliau berkata kementeriannya turut mengambil beberapa inisiatif lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk tayangan dokumentari dari United Kingdom  mengenai  isu pencemaran laut  sempena Sambutan HASN 2019.  Dokumentari ini akan ditayangkan semula di saluran RTM pada bulan Januari dan Februari depan.

-AO

Tinggalkan komen anda